Sunday, April 25, 2010

rajin, rajin... rajin!!!

Usai menjenguk fb STC..terhenti seketika diri, lalu jari jemari pantas menari :)

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]


ohhh..besar ertinya kesabaran kn? Allah turunkan malaikatnya ut melindungi hambaNya yg bersabar..maha suci Allah, Dia maha mengetahui segalanya, pasti nya isi hati org yg dicela itu didengari oleh Allah..maha suci Allah yg maha mendengar..x pnah lengah dr mendengar rintihan hambaNya, tidak walau sesaat..


tapi,
hamba ini sombong!
sentiasa lupa status diri yg bergelar hamba..
tidak mahu menyerahkn diri pdNya pd stiap waktu dn ketika..
astaghfirullah..mohon ampunan Mu ya Allah..


Jahil boleh diajar. Malas sentiasa menghalangnya. Perangi malas dengan nama Allah. Sambutlah Isnin dengan mujahadah!


sy quote lg kata2 ustaz..terlalu besar ertinya bg sy.
sbb sy sedar sy tergolong dlm org yg mls, kurang mujahadah dlm menuntut ilmu..
sedangkn sy tau, kalu sy bca skt2, konsisten stp hari, sy mampu jd sorg penuntut ilmu yg lbh baik, lbh berjaya!
tp kerana malas sy ni, sy mkn lemah..
sy makin calarkn imej Islam skt demi skt, krn sy mengaku bhw sy pembawa agama..
sdgkn Islam sgt pentingkn ilmu..

"Sesiapa yang inginkan DUNIA hendaklah dengan ILMU, sesiapa yang inginkan AKHIRAT hendaklah dengan ILMU, dan sesiapa yang inginkan DUNIA DAN AKHIRAT juga hendaklah dengan ILMU"


"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


oh, betapa besarnya dosa2ku..

ya Allah, ampunkan lah hambaMu ini..



"Allahumma faqqihna fiddeen.."

Sunday, April 18, 2010

my battle!

alhamdulillah..
akhirnya aku d sini,
di bumi Allah, Subang Jaya..
huhu, like a dream..but, it's reality.

bersama dgn mereka, saudara2ku d sini,
aku rasa agk kekok..mgkn krn krg kenal lg dgn mereka..
ya Allah, aku hrp, Kau permudahkn lah..
moga hubgn saudara ant aku dn mereka mkn baik..
aku knal faiz, farah, fatin, efi..n sorg lg bro..ngak ku knal pasti namanya..
dua pupuku sumenya..plus sorg lg bibik..:)

hm..
khdpn ku yg penuh cbrn ini..bermula d sini..
insyaAllah..
Ya Allah, permudahkn lah..

Friday, April 16, 2010

kasihku



bila di pk2 kn..
huhu, aku bkn la sorg anak yg cukup kesolehannya bg kedua ibu bapa ku..
huhu, sdgkn sorg anak itu sentiasa menjunjung tinggi kedua2 ibu bapanya,
aku di tahap manakah?
ya Allah, byk nya dosa2 ku..
tak terhitung rasanya..
astaghfirullahal'azim3x..
harus bagaimana dr ini menjadi anak yg solehah?
berusahalah!

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Thursday, April 15, 2010

sesungguhnya


Allah, Ya Rabbi..
aku rsa rendah dr sgt..
terasa dr ini tak mampu utk berdiri sma tggi dn duduk sma rendah dgn nya..

namun, hanya ketenangn yg ku perolehi ketika sujud pdMu ya Rabbi..




ya Allah, rindu utk ku mengadu pdMu
rindu utk ku sujud pd kebesaranMu..
ya Rabbi..

Katakanlah, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).

Wednesday, April 14, 2010

oh, mistake!

tebalnye muka ini,

mane nk diletakkn muka ku ini..

adeh..ya Allah,

ape yg tlh aku lakukn sesungguhnya..

aku ni jenis cuai byk..T_T

selalu je ade mende yg aku lupe..

mende2 hok kecik2 la..adoii..



aish! don't undermotivate..

cepatttttt lakukan sesuatu :)

DON'T do like that again ok!


carelessness is DANGEROUS!

Sunday, April 11, 2010

myself

how i wish i could be a better person..

MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros



m a d i h a h

" Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria. "


w a n m a d i h a h

" Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu. "


w a n m a d i h a h w e m b o n g

" Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah. "



source: Ada Apa Dengan Nama in Facebook

Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu.

Saturday, April 10, 2010

the life is..

get to know the meaning of life is..



the heart..
There is a piece of flesh in the body ...
if it is righteous, the whole body is righteous,
if it is evil, then the whole body is evil..

indeed it is the heart, indeed it is the heart..
~ Saheeh Bukhari, Saheeh Muslim


Monday, April 5, 2010

miskin harta, miskin jiwa

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu.

“Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.”
“Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis.

“Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.”
“Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?”
Pendakwah terdiam.
Dalam diam dia berdoa.

Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

-CnP from artikel Ust Pahrol.

Ya Allah,
aku berlindung kpdMu dr kejahatan iblis dn syaitan..

Thursday, April 1, 2010

"bila Kau coba, aku percaya Kau sayang padaku"

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
jangan Kau coba aku
melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah
bila memang Kau coba
aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah
lindungilah diriku
dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah
Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku..


pengubat hatiku ketika ini..

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Mereka berdo’a dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.

Engkaulah Penolong kami,oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

(Al Baqarah:286)