Thursday, December 29, 2011

sepohon kayu daunnya rimbun..

Bismillah walhamdulillah..

reflection al hijrah.

satu kisah menusuk kalbu..(dikisahkan dlm bahasa ku sendiri)

suatu ketika, Nabi s.a.w. pernah bertanya kpd para sahabat..

"orang mukmin itu seperti sepohon pokok. lalu, pokok apakah itu?"

ketika itu, salah seorang sahabat yg ada adalah Abdullah.anak kpd Umar. dalam hatinya tahu jawapannya adalah pohon kurma. lalu, disebabkan kerana rasa malu pada sahabat2 yg ada, beliau hanya mendiamkan sahaja jawapannya itu.

Rasulullah saw. menanti jawapan, namun tiada siapa yg dapat memberi jawapan yg betul. Akhirnya, baginda memberitahu bahawa jawapannya adalah pokok kurma. Pokok kurma mempunyai banyak manfaatnya. Buah kurma, pelepah daunnya, dan segala apa yg ada padanya mempunyai manfaatnya tersendiri kpd manusia.

Sebaik pulang dari peristiwa itu, Abdullah pun memberitahu apa yg berlaku kepada ayahnya, Umar..lalu ayahnya berkata "jikalau kamu yg menjawabnya, tentu ayah akan merasa lebih bangga dgn kamu.."

Huhu..begitulah didikan Umar kepada anaknya dlm melakukan kebaikan..

Ya Allah..begitu jauh diri ini dgn akhlak seorang mukmin.
Ya Allah..berikanlah hambaMu ini kekuatan, untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Ameen..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang menerka-nerka pepohonan wadhi. Abdullah Berkata: “Lalu terbesit dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya.” Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah beri tahukanlah kami pohon apa itu?” Lalu beliau menjawab: “ia adalah pohon kurma.”

-Riwayat Imam Bukhari-

untuk perkongsian lebih mendalam,

mukmin dan pohon kurma (1)

mukmin dan pohon kurma (2)


rasa takut (khauf) dan harap (raja')

Bismillah walhamdulillah..

pg yg indah..
masih dikurniakan Allah sehari lg untuk terus menabur amal.

takut, jangan dipisahkan dgn harap.
takut kpd Allah dan berharap juga pada Allah.
kerana segala milik Allah.

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedangkan mereka menyeru kepada Rabb mereka dengan perasaan penuh rasa takut (khauf) dan harap."
(As Sajdah: 16)

Umar Al Khattab r.a., ketika membaca surah At Takwir: 1

"Apabila matahari digulung," hingga ayat 10, "Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,"

beliau tersungkur dan pengsan!

Allah..

rasa takutnya kpd azab Allah di akhirat kelak sehingga membuatnya lemah tak berdaya sebegitu.

semakin yakin seorang hamba kepada Rabb nya (dengan ilmunya), semakin kenal dia kepada Pencipta nya, semakin sedar dirinya hakikat kehidupan dunia yg sementara dan akhirat yg kekal abadi.

nastaghfirullahal'azim..

Tuesday, December 27, 2011

how should i be thankful enough that Allah has grant me a very supportive parents..praise be to Allah.

my parents, they are everything.

Ya Allah, rahmati ma abah dunia akhirat..

Ameen.

Saturday, December 24, 2011

semoga Allah merahmati ustaz dan keluarganya..amin.

Hanya Satu Yang Tidak Berubah

Dunia berkasar denganku
Mengasariku dengan cerita dakwah
Mengasariku dengan cabaran nafkah
Mengasariku dengan hiruk pikuk siasah
Mengasariku dengan pelbagai mehnah

Tubuhku lelah menempuh payah
Fikirku lesu menampung jemu
Perasaanku gersang oleh kemarau panjang
Imanku calar merangkak susah

Aku jadi suami yang hambar
Aku jadi rakan yang pudar
Aku jadi penulis yang muflis
Aku jadi penyair yang gerimis

Hanya satu yang tidak lesu
Hanya satu yang tidak jemu
Hanya satu yang tidak keliru
Bahawa “aku sentiasa menyayangimu”

- Abang

subhanallah..

http://drmuna.wordpress.com/2011/12/23/hanya-satu-yang-tidak-berubah/

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu umpama rusuk
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya
Kerna itu biasa
Lumrah hidup kita semua

Suamiku

Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

UMMUSAIF.COM
9 Februari 2008

http://drmuna.wordpress.com/2008/08/31/buat-suami-tersayang/

Allahuakbar!

sakeenah mawaddah wa rahmah dalam perkahwinan..

rahmatilah mereka Ya Allah..


Friday, December 23, 2011

tidak dapat tidak, ketenangan itu hanyalah dalam satu ikatan yg halal.

bismillah walhamdulillah..

pertunangan itu adalah ikatan janji antara dua hati. tidak ditaklifkan seseorang yg bertunang itu dgn apa jua tanggungjawab spt sepasang suami isteri. juga tidaklah perlu utk dihebahkan kepada umum. itulah yg ku fahami. Kata ust. hasrizal,

"Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati."

jodoh ku juga jodohnya masih lagi kekal rahsia Allah.

tidak terlalu memikirkan ttg dia, menyibukkan diri dgn urusan kerja dn peribadi adalah salah satu cara terapi diri.

dgn harapan, tunangku dlm keadaan yg baik2 sentiasa. juga berharap semoga dia tidak terlalu memikirkan ttg diriku di sini sehingga menjadi satu bebanan bgnya.

ku syukuri dan ku merasa cukup kerana Allah kurniakan dia sbg tunangku.

semoga Allah permudahkan urusannya dunia akhirat. amin.

ku hanya insan biasa,
x lari dari tidak sempurna,
cuma berharap kamu bahagia,
dalam mengejar cita dan cinta..
:)

ku ingin mukmin!

“Empat karakter, barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen. Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu, maka dia berada di atas salah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat, apabila bertengkar, dia melampau” [Hadith riwayat al-Bukhari (3007) dan Muslim (58) dengan lafaz Muslim]

Ya Allah, aku berlindung pada Mu drpd termasuk dlm golongan itu.
Ya Allah, bantulah kami.
Ya Allah, tunjukkan kami jalan Mu.

Ya Allah, jauhilah aku drpd sifat2 ini:
1. apabila bercakap dia berdusta
2. apabila berjanji dia mungkiri
3. apabila berpakat dia khianat
4. apabila bertengkar dia melampau

jauhkanlah Ya Allah, lindungilah Ya Allah.

Wednesday, December 21, 2011

pokok yg subur menjulang ke langit itu kerana akarnya gagah mencengkam bumi!

bismillah walhamdulillah..

sedikit bingkisan ceritera hidupku, pesanan utk adik2ku..

utamakan Allah dlm hidupmu, dlm setiap perkara yg kamu lakukan.
mcm mane?

PELIHARALAH SOLAT.

JAGALAH SOLAT.

JANGAN SESEKALI KAMU TINGGALKAN.

sekiranya terjadi juga sekali kamu tergelincir, terus.. cepat2 kamu taubat. jika sekali lagi kamu tergelincir, terus..cepat2 lagi kamu bertaubat. dn lagi dan lagi. jgn sekali kamu biarkan dosa2 mu membelenggu hari-hari mu.

kerana di situ, Allah sedang menilai mu.

"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu." Yakinlah!

ape yg berlaku pada masyarakat hr ini (hasil dr pengalaman hidup secebis cuma), kesan dr mengabaikan KUALITI SOLAT itu. solat itu hilang nilainya. seakan tiada apa makna pada kata solat itu.

aurat tak dpt dijaga dgn sempurna, kerana solatnya tidak sempurna.

couple, dating sana sini, kerana solat itu tiada pentingnya, tidak terjaga.

kerja cincai cuma, juga kerana solatnya cincai juga.

nastaghfirullah..

apabila hari ini, ku dapati ada insan yg bekerja dgn majikan bukan Islam, tidak dibenarkan solat di tempat kerja, lalu memberi alasan.."nak buat macam mana, terpaksalah balik solat di rumah.."
Allahu Rabbi..rezeki Allah teramat luas..kenapa kamu tegar di situ, sedang Allah kamu kemudiankan? di mana rasa takutmu, rasa harapmu pada Tuhan Yang Maha Kuasa?

aku tidak berada di tempatmu..mungkin aku tidak tau..namun, utk qadho' solat di rumah semata kerana secupak rezki di situ, lebih baik tinggalkn rezeki itu. rezeki halal di bumi ini terlalu luas..

Ya Allah, na'uzubillahi min zaalik.

org yg baik akhlaknya bersamaan baik solatnya. selalu menjaga waktu dn solatnya.
tp, bagi yg sebaliknya..kerana solatnya juga sebaliknya.

wallahua'lam..

sama2 kita muhasabah diri..



pertemuan itu ada perpisahannya.

bismillah walhamdulillah..

memulakan keje hari ini tanpa seorang teman (aka pa cwgn kami) di sisi. huhu, teman setelah 6 bulan bekerja di sini berhenti secara mengejut setelah dapat tawaran kerja yg baru. bukan aku tak tau niatnya utk bhenti, tp baru2 ini seakan niatnya telah pudar. tiba hr jumaat lepas, lepas je blk dr interview, terus khabarkan keputusannya utk bhenti. pastu, dikhabarkan pula, dia akn start xkeje bln 1 ni..tp smlm, sudah nekad dirinya utk bhenti terus, atas sbb majikan langsung tak mau byr gajinya bulan ini. agak tergamam diri terima kenyataan itu, bagai mimpi. tidak sempat buat persiapan mental utk menghadapi kehilangan teman pertama sejak ku bekerja..T.T

hidup ini tidak lari dr ujian. setiap detik Allah kn uji hati ini, ingin dilihat sejauh mana redha nya diri melalui kehidupan di sini. diuji itu tandanya masih diberi kesempatan utk meningkatkan amalan diri..fastabiqul khairat!!

hilang seorang teman itu tak bisa diganti, meski org baru hadir, ttp tidak sama. itulah manusia..insan itu unik, setiap org berbeza cara.

Ya Allah, berikan taufik dn hidayahMu pada kami.
Ya Allah, Engkau pertemukanlah kami dgn insan2 yg mendekatkan kami pd kebesaranMu.
Ameen.

Sunday, December 18, 2011

kemanisan itu datangnya setelah melalui kepahitan

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga aku diberi pedoman



apa ertinya kejayaan tanpa rasa kesusahan.
percaya pada doamu, insyaAllah.
suatu hari pasti terasa nikmatnya sebuah kepayahan itu.
kerana kita sedang melalui perjalanan fana di sini.
harus letakkan matlamat utk perjalanan abadi di sana.
satu kehidupan yg berjaya di akhirat nanti.
Allah...

Saturday, December 17, 2011

innallaha ma'ana!

Bismillah walhamdulillah..

syukur sgt2..Ya Allah..terlepas dr satu bebanan.
mujur Allah lorongkan jalanNya..
Ya Allah..terima kasih..

pintu toilet terkunci dr dlm sejak smlm. xtau nk buat mcm mana. cuba utk jolok dgn pisau dn besi, dua2 xboleh. mintak tlg nisah n adik dia pn xdpt jgk. pastu pg td call la tuan rumah, tp tuan rumah xdpt dtg, sbb xde dkt sini. tuan rumah kata cuba tnya tukang buat kunci dkt deretan kedai tepi lrt..huhu.aku xde kekuatan utk pegi sana sorg2..

at last, ku gagahkan hati utk pegi tnya jgk.. bila pegi tnya, sorg aunty cina bg no uncle..huhu..takut nk bg uncle dtg di kala aku seorang diri..lalu ku bawa hati sendiri, berjalan ke sana sini bagai tiada masalah. Allahu Rabbi.

dlm hati, rasa tidak tau ke mana mahu meminta pertolongan, hanyalah mengikut kata hati. kala malam bakal tiba, hati resah memikirkan, apa yg harus ku lakukan. bgtau kt uncle tu, mlm ni nk call, tp mcm mana nk bg uncle msk rumah, sdgkan aku sorg diri. ku msg zahirah, tnya dpt pulang tak..tiada jawapan..harus bagaimana lg? ku putuskan utk tggu jawapannya.

usai maghrib, dlm hati Allah saja yg tau..lalu, terdetik rasa hati, cuba jolok ikut garfu ke dawai ke..try jugak, tp xdpt..tgk tombol pintu, cm boleh try guna screwdriver..try la..pastu, try pusing skt je, pintu terus boleh buka!!!

Alhamdulillah..syukur pdMu Ya Allah.. Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui..sedang aku hambaMu yg hina..selalu saja lalai dr mengingatiMu..Allahu Rabbi..sesungguhnya Engkau bersamaku..

akhirnya, xperlu la call uncle tu dtg..xperlu la mtk zahirah blk awal..yg penting, xperlu sshkn sesiapa atau risaukan sesiapa..smile :)

Ya Allah, rahmati kami di dunia dn akhirat..
Ameen.

p/s. cite ni mahu diabadikan di sini sbg tanda syukur pd Ilahi Rabbi..

Jadilah kita pembela tak dimata dunia

WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya' lagi 'ujub. Ya Allah selamatkan kami..
Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini..
Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.
Jika ingin lihat amanahnya, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu.
Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara dengan org lain jantina yg dia sukai.
- Ust. Zaharuddin Abd. Rahman, 2011 -

Friday, December 16, 2011

the islamic laws (hudud) is just..just for all!




Praise be to Allah..
it is about our believes..
nobody able to talk about it precisely, except for the expert..
and whenever the persons who talked about it, who are we really respect for their knowledge..
wonderful is it?

the hudud is one of islamic laws..
it concerns about adultery, robbery, accusing someone doing adultery, taking beers (alcohol), and apostate.
the punishment will be arranged after the wrongdoers have been completely proven that he/she is guilt. never be, the wrongdoers being left injustice for the things that he/she was not doing, carelessly done.
in the laws. the things matter are something that can't be overcome by human being, because of our limitation as human.
God (Allah) has created us, and He knows..
for these impermissible things, human laws are not enough to prevent it from happen..
and He already provide us the laws that going to fix it..
so, why don't we just follow?

A big applause for the team, came by this idea..
may Allah rewards them with His blessing here and hereafter..
Ameen.

suatu ketika itu


Bismillah..

suatu ketika itu, kata2 ini la yg menjadi pujaan hati..
tempat letaknya mata ku mengoreksi diri..
saat diri tercari-cari makna sebuah perjuangan..
hehe..bila dikenang semula, terasa indah pula.

ini kes semalam..
dalam kegelapan malam,
tatap semula gambar kenangan..
terjumpa la gmbar yg 1 ni..
Alhamdulillah..
Allahu musta'an..

setelah 'bleber' smlm..
hr ni internet kt ofis dh ok..
segala puji buatMu Rabbi..
:)

bebelan dinihari ini..

bismillah..walhamdulillah..

mlm ni, mata cerah bukan main..xblh nk tutup pn..knape ye? terlebih rehat agaknya ni..

bberapa hr ni bergelumang dgn internet connection problem aja..
dkt ofis xde connection lgsg..
broadband dkt umah ni, 'laju' sgt..google pn xblh bukak..

hm..kesian kt diri..kt ofis, keje byk tersangkut..
xblh bukak hearing aids software adalah 1 mslh besar utk hearing aid centre spt ofis ku itu..
pulak tu, line telefon x ok jgk..lg2 la problem..
mujur jgk dpt bukak dkt bilik 1, kalu x, langsung x blh keje..

hee, bebelan di awal pagi hari..
mujur dpt bukak blog ni..kalu x..terkebil2 la pk nk bt ape..
dr ptg td, try bukak x blh2..mlm ni elok pulak ye.

hm, rindu pada kg halaman..
seakan2 dah memanggil2 pulang..hehe

hm, dlm masa terdekat ni kn ade dua harapan..
1.nk beli brg baru
2.nk terbang membelah awan

semoga dimurahkan rezki..
berkat2 doa malam Jumaat ni kn..

Ya Allah..tunjukkan kami jalan yg Engkau redhai
Ya Allah..permudahkan urusan kami
Ya Allah..tetapkan hati kami dalam iman..
Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, December 13, 2011

bahasa jiwa bangsa..tetiba.

Bismillah walhamdulillah..

masih lg bernafas di sini..
masih lg merasakan nikmat kesenangan ini..
Allahu Rabbi.

manusia berkomunikasi melalui bahasa..
sgtlah beruntung bg sesiapa shj yg mahir dlm pelbagai bahasa..
kerana mereka dapat menyampaikan maklumat dgn kemahiran yg ada.

ada 3 bahasa yg ku pelajari ketika pengajianku..
bahasa arab, bahasa isyarat, bahasa mandarin..
namun, ketiga2 ni, hanyalah hangat2 tahi ayam cuma..
huhu.

tersangatlah jeles dgn org yg pandai byk bhs..
terutama setelah ku hasilkan artikel "sometimes mistake can't be avoided.." tu..
some people, somewhere read the article..
maknanya, satu artikel tu, bila dihasilkan dlm international language, hv potential to be spread widely.

bertuahnya mereka..ilmu dpt disampaikan dgn lebih luas..

semuanya berlaku dgn izin Nya juga..

peace!

Saturday, December 10, 2011

tidak perlu madah pujangga, cukup peribadi muslimahmu sbg peringatan..

Bismillah walhamdulillah..

mohon ampunan Mu Ya Allah.

teringat satu peristiwa ptg td.
ketika perjalanan pulang ke rumah sesudah kerja..
(kantoi la, sy plg awl skt dr biasa hari ni..)

ptg td kerja ditemani hanis, blk pn ditemani hanis..
mulia sggh hati si gadis itu..

berkira2 mau ke carrefour dulu sblm plg ke umah, nk naik bas yg biasa tu..alih2 bas biasa tu x sampai, jd..dgn pasrahnya naik la bas metro.
ada tempat kosong satu di bahagian dpn skali, lihat sorg perempuan di sebelah lagi, duduk teruslah.

hm..dalam beberapa minit terus dibawa hanyut dunia sendiri..sehinggalah disedarkan oleh suara azan asar. bgsnye radio muzik, masih lg siarkan suara azan..alhamdulillah..

dlm mengamati suara azan itu, kedengaran suara azan dialunkan oleh sorg lelaki..spt ulangan azan di radio. spt sama2 mengalunkan azan. seakan x percaya, ku rasakan mgkn suara azan di masjid terdekat..ke..suara pemandu bas yg sama2 mengazankan? (suara itu dkt dgn ku, di sebelah sana, xde penumpang pn).. kebetulan bas lalu dihadapan masjid. oh, mgkn suara azan itu yg ku dengar. tp..bila melepasi masjid, kedengaran semula suara azan itu dialunkn..haa..sah, mmg suara pemandu bas.

hm, ku rasa mcm sesuatu yg lain..ku amati, mmg dia sama2 mengazankan, bersama suara di radio. ku rasa spt..x dpt digmbarkan dgn kata..dr pengamatanku, dia bkn mempersendakan suara azan itu, bkn juga utk menunjuk2..tp seolah2 suara azan itu disukainya. setelah habis azan, spt biasa, aku mengaminkan bersama2 doa di dalam radio..bila saat nama Rasulullah s.a.w, pemandu bas turut sama2 berselawat..hehe, sungguh unik sifatnya..sedarkan aku utk sama2 berselawat..Allah.

hm..ntah la..peristiwa ptg td, seolah2 ku rasakan pemandu bas itu menghormati aku sbg penumpangnya.menghormati ku krn pakaian muslimahku..lalu tergerak hatinya utk sama2 menghormati azan itu..

Subhanallah..

seorang muslimah, apabila benar2 mengamalkan syariat agama, hanya dgn menutup aurat dgn sempurna, sudah cukup utk mengetuk hati-hati manusia lain, kembali kepada Tuhan, Rabbal 'Alamin. tidak perlu untuk berkata-kata, cukup peribadi muslimahmu sbg peringatan..

Subhanallah..

Segala puji hanya layak untuk Mu, Rabbi..

Friday, December 9, 2011

sometimes mistake can't be avoided but please return!

If only this happen to me..
If only that not happen to me..
If only I can..
If only she have..
If only..

the words of blaming..something that becomes norm today. and part of it, we actually victimised ourselves in everything. huhu..and it makes us demotivated, stayed away, and didn't move on.
where as, in every action we take, there is always choices. we need to choose and we must have the responsibility in it. only by doing that, it can make us happy with our choice.

"Show me someone who is humble enough to accept and take responsibility for his or her circumstances and courages enough to take whatever initiative necessary to creatively work his or her way through or around of these challenges, and I'll show you the supreme power of choice."
-Stephen Covey, 2004-

because it is the power of choice..
n i choose to be happy with everything happens in my life..

persuading myself,
after several mistakes for last two days,
cheer please!

"The repentance accepted by Allah is only for those who do wrong in ignorance [or carelessness] and then repent soon after. It is those to whom Allah will turn in forgiveness, and Allah is ever Knowing and Wise."
(An Nisa':17)

happy sayyidul ayyam :)

Wednesday, December 7, 2011

tak dapat dibayangkan..

nikmat syurga itu tiada di pandangan mata..
yg cantik itu sgt cantik, xdpt dibayangkan..
yg indah itu sgt indah, xdpt dibayangkan..
yg lazat itu sgt lazat, xdpt dibayangkan..
yg hebat itu sgt hebat, xdpt dibayangkan..
betapa nikmat syurga itu..
namun, jgn dilupa,
bersama kenikmatan syurga itu,
ada besarnya, kerasnya, sakitnya, deritanya azab neraka,
yg juga xdpt dibayangkan oleh akal fikiran manusia..

(Ustz Noraslina)


T.T
wallahua'lam..

Monday, December 5, 2011

...

ingin meminta maaf kpd si dia..
ku tau terlalu byk diri ini mengecewakannya..
berlaku khilaf pdnya..
i wish to say..
please keep moving and live well..

taman syurga itu

Bismillah walhamdulillah..

semalam, berkesempatan ke kelas pengajian agama dr ustz noraslina..
sgt2 bersyukur Allah dekatkan diriku dgn taman2 syurga ini lagi, lbh2 lg dgn seorang wanita yg punya pekerti tggi spt ustz..
walaupun agk jauh sdkt dr kediamanku..
smoga Allah sentiasa tunjukkn jalanNya padaku.

berair2 mataku..ku tahan juga..tidak mau mengganggu suasana kelas yg tenang itu.
setiap kali ustazah berbicara..setiap kali aku hampir titiskn air mata.
menusuk kalbu pastinya.
sungguh indah akhlak yg dimiliki ustz..
subhanallah..

antara perkara yg ustz sebutkan;
+hijrah
+redha dn sabar
+iman, percaya kepada ketentuan Allah.

bak kata ustz;
bagaimana kita mati bukan soalnya, tetapi bagaimana kita HIDUP itu yg lebih penting.

Ya Allah
Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada kami.
jadikanlah kami hamba2 Mu yg memperjuangkan agamaMu.
Ameen Ya Rabb.



Saturday, December 3, 2011

"di mana sy jatuh, di situ sy bangun" Sofea, artis khat China.

sy suke kaligrafi.hehe.
tengok seni kaligrafi buat sy jd ralik.
dpt tgk kaligrafi islam adalah sgt unik.
ade zuq!
dpt tgk kaligrafi korea/japan pn sgt hebat.
dpt tgk secara life org buat kaligrafi lg suke.
saje je tulis..hehe.

yg sofea punye td, cantik sgt. dia ilustrasikan skali tulisan khat tu..
cari dlm google, x jumpe pulak..kot2 la ada.
takpe la, video ni je la yg ada..
ape2 aje.. ^^




hanya Allah Maha Mengetahui.

Bismillah walhamdulillah..

ingin menulis..
tetapi terasa spt sgt sukar utk meluahkan kata.

Allahu Rabbi..
mohon ampunan Mu Ya Allah.
ampunkan dosa-dosaku.
Ya Ghaffar.

BERDOALAH kepada ALLAH dalam keadaan kamu YAKIN doamu dimakbulkan!