Tuesday, August 20, 2013

Bila Allah datangkan kebaikan...harus ku sahut! Bantulah hambaMu ini Ya Allah.

Bismillah walhamdulillah...

Kala menonton inspirasi aidilfitri khamis lps, hangat menyentuh emosiku.
Terasa Allah hadirkan kisah2 wanita hebat utk jadi teladan btku.
Kisah terukir bingkisan daripada ibu2 tunggal kpd ank istimewa dan juga kpd ank2 hafiz dn hafizah. Terasa inspirasi itu memanggil2. Allah, betapa besar nikmat dn rahmat Mu bt mereka. Hr ni, bila ad seorg ibu tunggal kpd pesakit di klinik ku, terus rasa itu menghidup kembali hatiku. Allah, nikmat Tuhan Mu yg manakah kamu dustakan.

Kisah pertama, di mana seorang ibu yg menjaga anak istimewa itu, sabar dn tabah menjaganya sehingga ke nafas terakhir. Redha dgn anaknya yg tidak boleh melakukn sebarang kerja, hanya lah terbaring bernyawa. Namun anak itulah menjadi teman setia bt nya, kala penat bekerja, kala pulang lewat malam, kala seorang diri merenung taqdir Ilahi. Anak itulah penghibur hatinya.

Kisah kedua, ibu ini seorang yg memulakan kehidupan hari2nya sebelum Subuh menjelma. Allah, Al Quran tak pernah lekang dari bibirnya. Dididik anaknya utk sentiasa dekat pd Al Quran. Oh sgt terinspirasi. Lahir drpd tangannya, anak2 hafiz dn hafizah, lulusan Darul Quran. Allah...seorang anaknya merupakan best student sebuah universiti di Jordan. Oh alangkah...bahagianya si ibu, berjaya sebegitu. Hidupnya ckp seadanya. Tak meminta walau dicerai hidup suaminya.

Kisah ketiga, seorang ibu tunggal ini, anaknya pesakit di klinik ku, tabah juga membesarkan kanak2 kurang pendengaran dn slow learner ini seorang diri. Terbayang kesusahan hidup mereka. Apatah lg pesakit itu adalah anak lelaki sulung harapan ibunya. Berusaha mencari kerja setelah tamat spm, dimarah dimaki majikan sehingga memaksa berhenti kerja, msh lg berisaha mebcari rezki Tuhan utk keluarga mu..oh anak...

Kisah mereka antara beribu kisah realiti ibu tunggal...terbayang2 ketabahan wanita2 itu...

Refleksi diriku...aku yg punya segala kecukupan, mempunyai suami yg mengasihi dn menyayangi...punya ma dn abah, mak dan ayah...adik beradik yg berdiri teguh di sampingku, sahabat2ku....apakah ak tak mampu melakukn yg terbaik bg diriku? 

Berusahalah wahai diri..berusahalah yg terbaik bgmu...dgn caramu...jadilah seorang insan yg benar2 menjaga penjurunya sebaik mampumu...

Ya Allah...mudahkanlah bagiku utk menjadi hambaMu yg Engkau kasihi...
Amin, Ya Allah...