..Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda
sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini
kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang
pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat...
..Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.”...
..Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang
Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan
yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak
menghadiahkan pelangi!...
..Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita...
http://genta-rasa.com/2012/05/28/jentikan-kasih/
Segala puji bagi Allah, mengurniakan ku seorang ibu dan ayah yg sempurna..
Semoga Allah merahmati ma dan abah selalu..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..