berangan untuk terbang tinggi ke langit biru
lama tak menulis, mood menulis ku datang petang ini
terasa ingin luahkan pelbagai rasa
suka dan duka ku
ceritera kehidupanku yang biasa-biasa sahaja
namun, itu kisah hidupku
yang mana bakal menjadi saksi pengabdianku pada Ilahi
di akhirat nanti
begitu senang rasanya berpantang kali ni
oh, aku sudah punya dua org permata hati, penyejuk mataku
yang ku sayang kerana Ilahi
berharap rimbunan kasih Ilahi sentiasa menyinggahi hati2 si kecilku
Ya Allah, segala puji buatMu Rabbi
aku kini sudah bergelar ummi kepada 2 insan!
Namun, sekejap aku terfikir, apakah kenangan yg bakal ku bawakan
apabila anak2 ku sudah besar nanti
agar dapat mereka imbas kembali kebahagian usia kecil mereka
Ya Allah, ingin sekali membukukan semua peristiwa yg berlaku
setiap detik riang gembira mereka
setiap detik muram duka mereka
ingin sekali aku bawa mereka kembali merasai nikmat
usia kecil mereka, dalam kasih sayang infiniti ku
Aku tak menulis,
sedikit merakam
masih belum cukup untuk aku gambarkan kisah2 ini
harus bagaimana aku?
membuka emel untuk mereka?
atau blog baru?
atau di fb sahaja?
Ya Allah, tunjukkanku jalan yg Engkau redhai...