Saturday, February 23, 2013

90 days ahead..

Bismillah walhamdulillah..

Hampir 26 thn kehidupanku..apa yg ku fahami ttg Islam?

Islam itu selamat..dgn Islam menjadikan kehidupan seseorang itu selamat..malah Islam itu sendiri membawa keselamatan.

Allahu Rabbi..

Tersentap aku pd kata2 Syed Qutb, dlm bukunya petunjuk sepanjang jalan, umat Islam diwaktu ini berada pd jurang kehancuran..apa makna jurang kehancuran itu? Huhu..

Sungguh seorang muslim itu apabila mengamalkan Islam..mulianya adalah kerana Islam..namun, apabila Islam itu hilang maka kemuliaan itu juga hilang..

Allahu Rabbi..

Seorang bukan Islam itu memeluk Islam kerana mengenal Islam terlebih dulu sebelum dia mengenali muslim..

Dan hanya muslim yg tulen sahaja yg boleh menewaskan yahudi, nasrani yg tulen..

Allahu Rabbi..

Semoga Allah ampunkan dosa2 ku dan umat Islam seluruhnya,
dan semoga Allah memperkenankn doa2 kami..
amin..

Saturday, February 2, 2013

Sabar itu kematangan.

Bismillah walhamdulillah.

Teringat satu cerita, kisah yg ku dpt dr segmen motivasi pagi ikim.fm.. Ttg SABAR..
Yg ku masih ingat kisah ni berlaku ketika zaman Rasulullah saw.. Rasulullah sedang melalui satu kawasan, di mana tika tu ada seorang hamba Allah sedang memaki hamun seorang hamba Allah yg lain, sedang org yg dimaki itu hanya diam tidak melawan. org ramai melihat peristiwa tersebut dan Rasulullah turut sama melihat peristiwa itu.

Hamba Allah itu terus diam, menahan caci maki itu sampailah satu ketika dia melawan balik, meluah segala isi hatinya, meninggikan suara. Melihat perkara itu, Rasulullah lalu meninggalkan tempat itu. Para sahabat kehairanan, lalu bertanya pada Rasulullah..
"Ya Rasulullah, kami melihat Mu bersama2 menyertai peristiwa tadi, tetapi sampai suatu masa kamu meninggalkan tempat tersebut. Mengapa wahai Rasulullah?"
Lalu Rasulullah menjawab,
"Ketika aku melihat hamba Allah tersebut sedang dimakihamun, dia diam tidak melawan, ketika itu diadalam keadaan bersabar. Malaikat sedang bersamanya ketika itu, ku lihat malaikat bersama,aku pun turut bersama di disitu. Tetapi, disaat dia mula melawan balik caci maki itu, dia sudah tidak sabar, lalu malaikat pun meninggalkan tempat tersebut. Lalu aku pun meninggalknnya juga.."

Au kama qal..

Huhu.. Ya Rasulullah.. Selawat ke atas Mu duhai Nabi Allah..

Sabar.
Sabar itu kematangan. Kematangan dalam menerima suatu perkara ada hikmahnya.

Tika kita bersabar, para malaikat turut bersama2 kita..mencatit kesabaran kita sebagai amal soleh..

Ya Allah, terimalah kesabaran kami sebagai amal kami yg Engkau redhai..amin.

Rindu haramain~~

Saturday, January 26, 2013

Currently my body is fighting!

I got fever..huhu

However, im fighting against..do not want to let it become worst..

Syafakallah ya habibati..

Astaghfirullah..

Tuesday, January 15, 2013

Sebuah masjid yg bakal dibina..

"Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.."

Puisi Aminah Qutb, buat bakal suaminya, Kamaluddin As-Sananiri..

“Begitu lamanya waktu berlalu, aku kasihan kepadamu atas derita ini. Sebagaimana yang aku katakan kepadamu pada awal jalinan kita, kemungkinan besok aku segera keluar, kemungkinan dua puluh tahun lagi, bahkan mungkin ajal menjemputku di penjara ini. Maka bagimu kebebasan penuh untuk mengambil keputusan yang baik bagi masa depanmu. Aku tidak ingin menjadi penghalang bagi kebahagiaanmu. Mereka berjanji hendak memberi kebebasan kepada kami bila kami mendukung kekuasaan para Tiran dengan cara memberi informasi, sungguh mereka tidak akan dapatkan hal itu dariku atas izin Allah, walaupun mereka mencabik-cabik tubuhku. Maka dari itu, sekarang kamu bisa memilih, tulislah apa yang mantap menurut pendapatmu. Allah akan merestui apa yang baik menurutmu.”

“Saya memilih harapan yang saya tunggu-tunggu; jalan jihad dan syurga, keteguhan dan pengorbanan, tegar dengan janji yang kita ikrarkan dengan aqidah yang kukuh dan keyakinan tanpa ragu-ragu atau menyesal”.

Ku baca kisah ini, terbuka jgk hatiku..rupa2nya, ada kisah cinta agung dlm hidup seorang pejuang agama ikhwanul muslimin..bersamanya seorang mujahidah unggul terbilang..

Semoga Allah merahmati mereka..
Al Fatihah.

http://abuhamzah.wordpress.com/2008/01/30/muhammad-kamaluddin-as-sananiri/

Mereka hanya disatukan hanya selepas keluar daripada penjara dan tidak memperolehi cahaya mata.


Sunday, January 13, 2013

Beautiful.

“ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An Nur: 35)

Friday, January 11, 2013

Kullu ma 'indaAllahi khoir .. :)

Bismillah walhamdulillah.
Semakin hari semakin syg aku pd audiology hsb. Di sini la tempat 'permainan' seharian ku..

Ya Allah, terasa ingin benar utk lama lg menetap di sini..

Masih ku ingat, saat pertama kali aku dikhabarkan bakal bertugas di hsb, hati ni harapan ini hancur, berkecai kecai, berharap sungguh hospital besar di kuala trg, tp kenyataannya hsb. Apalagi mendapat tau kwn2 lain dpt pulang ke kg msg2.

Sempat aku bertanya pd pegawai berkenaan, kenapa hospital sg. Buloh? Kenapa sy? Pegawai itu ckp, awk patut bersyukur dpt hospital sg.buloh..bkn senang nk dpt ni..tahniah! Huhu, lepas je letak phone, berderai2 air mata ni keluar..

Tapi kini..terasa sangat sayang pada hospital ini..pada jabatan ini..pada unit kecil ini..audiology hsb.. <3

Pertama sekali, pastilah kerana insan2 yg bersama ku susah dan senang..rakan2 sejawatku aka senior..kami berenam.
K.nani - yg sgt workaholic, almaklumla..ketua profesyen ku
K.ju - ketua yg keibuan..kalu ckp dgn k.ju mesti rasa mcm ckp dgn mak..
K.wan - senior tersyg dr uia, aku sdh anggap mcm kakakku sdr, ingt lg msa mula2 nk amik audiology ni, aku tny kt dia la
K.fidah - sgt bersemangat dia, kalau bercakap lantang sggh, nk jgk tegas cm tu..hehe
K.dal - sorg kakak yg sgt praktikal, suka bila tgk k.dal bt keje, terancang..sume nama pt dihafalnye kot..
Aku - plg junior :) hehe bahagia dgn status ni..byk sgt perlu belajar lg..
Dan msg2 punya keunikannya..

Ant kami, selalunye aku la plg awl dtg (even sbnrnye dah lewat, punch pn dh hampir2 pkl 8, hehe). Tp kalu k.fidah, time dia dtg awal tu..7.30 dh ada.. Juara pulang lewat pn aku jgk..hehe..kdg2 6.30 br aku blk umah..siapkn report2 pt, yg sentiasa x hbs tu..ntah la, bkn rajin sgt sbnrnye, tp myb x manage btl2 nk siapkn report tu, terus drag msa.. Untuk thn br ni, aku dh azam xnk blk lewat sbb report lg..aim aku nk siapkn report tiap2 hr..hehe, stakat ni ada capai, ada x..tp still in control <3

Yg plg aku suka, dkt sini aku blaja bykkk mende..blh katakan setiap bulan, ada je kursus/seminar yg ku attend, bkn 1..tp 2 3..dan aku sgt suke..kiranya ilmu yg aku ada selalu diasah2..selalu ditambah2..br2 ni, dah ada seminar hands on recd, seronok sgt, dr dlu lg nk tau, bila dpt phm, tgk n buat..alhamdulillah! thn lepas pn dh ckp 7 hr kursus aku hadiri, siap mak cpd dh..hehe, blh la sah jawatan kn..hehe.ni berkat usaha kami bersama, tp k.nani la penggeraknya..ish, kuat sggh la k.nani jaga audiology ni..

Hsb ni hospital satelit utk ci, jd lg la bykkk aku blaja ttg ci..utk selangor kt sini la pusatnye..nnt 17hb akn ada op utk 2 org pt, moga2 Allah permudahkan la..4hb nnt, ada meeting ci pulok, akn bertambah la sibuknya kami..tp aku bkn termsk ci team, xlayak lg maa..mujur jgk, so perihal cover clinic, in charge clinic aku la tu..

Dalam suka aku pn, ada jgk sedihnya..mggu ni saja, dua kali aku menangis disebabkn oleh pt2 ku..kerana sgt ssh nk manage pt2 itu..dh tnya seniir dh, dh mtk tlg senior dh..tp ssh sgt..sedih sbb x mampu bg yg terbaik..huhu. Sorg pt oktahara syndrome, baby lg..parents punye commitment fair. Sorg lg pt adult, psychiatric pt..anak punye commitment pn sgt low..huhu..ntah la, moga Allah tunjukkan aku jalan..

Huhu, panjang lebar aku menulis..beginilah..luahan rasaku saat ni..yg ku tau, aku sudah sangat sayang audiology hsb ni..sayang sgt <3

Thursday, January 3, 2013

Ada Mu

Suatu ketika..

Berkata si A: Kamu patut bersyukur, adanya aku disisi mu.
Si B pula berkata: Kamu yg patut bersyukur, adanya aku disisi mu..

Agak2 kalu setiap org berkata begitu, baru diriku sedar perlunya ku bersyukur akan kehadiran insan2 disekelilingku. Dunia ini kan bersinergi.. Dan betapa perlunya aku bersyukur pada Allah yg Maha Berkuasa, kerana adanya Dia disisiku setiap waktu, Dia juga yg menghadirkan insan2 yg dirahmati Nya disekelilingku..

Alhamdulillah..

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif