Thursday, October 3, 2013

Moga Allah mudahkan jalan untuk memberi kebaikan...amin.

Bismillah walhamdulillah...

Kedengaran suara ank2 kecil mengaji. Gayanya seperti berkumpulan. Baru terperasan sejak beberapa hari yg lalu. Ada kelas mengaji kah di perumahan ini. Tiba2 teringin nk mengajar mengaji Al Quran pulak utk anak2 kecil... Moga ada rezeki ku Ya Allah...

Sekarang seperti tercari2 jgk apa ye aktiviti yg mampu ku capai, ku lakukan di malam hari ini...hm, best jgkkn kalu boleh mengajar yg basic sebegitu..

**gambar sekadar hiasan**





Tuesday, September 10, 2013

I miss u, abg... ;)

Bismillah walhamdulillah...

Disebabkan selalu jemaah dgn suamiku...setiap kali hbs solat hati ni jd sayu, rindu kt abg..setiap kali lps solat sorg2 cm tu la rasanya...huhu...
Terharu dn syukur sggh Allah kurniakan abg sbg imam ku..
Betul la kata org, yg menyatukan/ menguatkan ikatan hati suami isteri ni hanya Satu...Allah..hati yg berpusat pd Nya cenderung utk bersatu...
Moga Allah kekalkan rasa ini buat selamanya...amin.
Abg...rindunye kt abg...

#ini kisah for a weekend husband n wife mcm kami... :)

Ada dua pilihan ketika bertemu cinta... 
'Jatuh cinta' dan 'bangun cinta'. 
Buatmu abg...aku memilih yg kedua...
supaya cinta kita menjadi istana yg tinggi menggapai syurga...

Tuesday, August 20, 2013

Bila Allah datangkan kebaikan...harus ku sahut! Bantulah hambaMu ini Ya Allah.

Bismillah walhamdulillah...

Kala menonton inspirasi aidilfitri khamis lps, hangat menyentuh emosiku.
Terasa Allah hadirkan kisah2 wanita hebat utk jadi teladan btku.
Kisah terukir bingkisan daripada ibu2 tunggal kpd ank istimewa dan juga kpd ank2 hafiz dn hafizah. Terasa inspirasi itu memanggil2. Allah, betapa besar nikmat dn rahmat Mu bt mereka. Hr ni, bila ad seorg ibu tunggal kpd pesakit di klinik ku, terus rasa itu menghidup kembali hatiku. Allah, nikmat Tuhan Mu yg manakah kamu dustakan.

Kisah pertama, di mana seorang ibu yg menjaga anak istimewa itu, sabar dn tabah menjaganya sehingga ke nafas terakhir. Redha dgn anaknya yg tidak boleh melakukn sebarang kerja, hanya lah terbaring bernyawa. Namun anak itulah menjadi teman setia bt nya, kala penat bekerja, kala pulang lewat malam, kala seorang diri merenung taqdir Ilahi. Anak itulah penghibur hatinya.

Kisah kedua, ibu ini seorang yg memulakan kehidupan hari2nya sebelum Subuh menjelma. Allah, Al Quran tak pernah lekang dari bibirnya. Dididik anaknya utk sentiasa dekat pd Al Quran. Oh sgt terinspirasi. Lahir drpd tangannya, anak2 hafiz dn hafizah, lulusan Darul Quran. Allah...seorang anaknya merupakan best student sebuah universiti di Jordan. Oh alangkah...bahagianya si ibu, berjaya sebegitu. Hidupnya ckp seadanya. Tak meminta walau dicerai hidup suaminya.

Kisah ketiga, seorang ibu tunggal ini, anaknya pesakit di klinik ku, tabah juga membesarkan kanak2 kurang pendengaran dn slow learner ini seorang diri. Terbayang kesusahan hidup mereka. Apatah lg pesakit itu adalah anak lelaki sulung harapan ibunya. Berusaha mencari kerja setelah tamat spm, dimarah dimaki majikan sehingga memaksa berhenti kerja, msh lg berisaha mebcari rezki Tuhan utk keluarga mu..oh anak...

Kisah mereka antara beribu kisah realiti ibu tunggal...terbayang2 ketabahan wanita2 itu...

Refleksi diriku...aku yg punya segala kecukupan, mempunyai suami yg mengasihi dn menyayangi...punya ma dn abah, mak dan ayah...adik beradik yg berdiri teguh di sampingku, sahabat2ku....apakah ak tak mampu melakukn yg terbaik bg diriku? 

Berusahalah wahai diri..berusahalah yg terbaik bgmu...dgn caramu...jadilah seorang insan yg benar2 menjaga penjurunya sebaik mampumu...

Ya Allah...mudahkanlah bagiku utk menjadi hambaMu yg Engkau kasihi...
Amin, Ya Allah...

Thursday, July 4, 2013

Rindu bertamu...

Bismillah walhamdulillah...

Ape yang dapat aku katakan setelah sebulan bergelar isteri..

Sakeenah... Tenang....

Hati ini tenang.. lebih2 lagi ketika berada di sisi suamiku...

Ya Allah..terima kasih.. terima kasih atas kurniaan ini..
Inilah nikmat dari Mu yang perlu ku syukuri sesungguhnya..

Abg..sungguh..ingin benar sentiasa di sisi abg...

Allahumma baariklana fi Rejab wa Syaaban wa ballighna Ramadhan...
 
Ya Allah peliharakan Dr Morsi dan umat Islam di Mesir...

Ameen...


Monday, May 27, 2013

24 Mei 2013.


"Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia. Laksana setitis embun yg turun dr langit, bersih dn suci. cuma tanahnyalah yg berlain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, dan langkah serong.
Tetapi, jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, dan budi pekerti yg tinggi."
HAMKA

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Entah di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula..

Allah..
Syukurku padaMu, tak mampu ku ukirkan, penaku tak sebanding betapa kesyukuran ini pd Mu..
Hanyalah tahmid dan tasbih mengisi segenap ruang hatiku..
Segala puji bagiMu, Allah..

Ku sudah selamat diijabkabulkan malam 24 Mei 2013 dgn pilihan hatiku, suami ku..
Bergelar isteri kpdnya adalah kurniaan Allah yg terhebat dn terindah buatku.

Tak sangka jodohku dgnnya...

Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan dalam baitul muslim kami ini..
Ya Allah, jadikanlah baitul muslim ini medan bertambah2nya amal soleh kami, memudahkan kami utk lebih taat dan dekat pdMu..
Ameen..

Friday, May 17, 2013

Bicara umur 26tahun..

Tinggal beberapa hr je lg ke majlis akad kami (insyaAllah). Bila dh dekat2 dgn tarikh ni mmg byk perkara yg tiba2 teringat..hehe (Baca: nengung) Tambah2 lg bila semalam cg sek rendah dlu mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.

Oh, sudah besar rupenya, terlalu jauh meninggalkan zaman silam, daripada kanak2 kecil yg hanya reti berlari2, berlawan kata sana sini, masuk alam remaja mula mengenal erti kasih syg, dapat melangkah ke gerbang ilmu dan budi bertatih mengaut pengalaman hinggalah alam kerjaya mengemudi diri....

Allah, sepertinya diri ini tidak punya apa2 melainkan dengan rahmatnya yg Dia sampaikan melalui ma dan abah, keluargaku, sahabat2ku, guru2ku, adik2 ku, teman2 sekerjaku, dan sesiapa jua insan2 yg telah memberikan erti hidup pdku..

Ku ucapkan seinfiniti terima kasih buat semua..terima kasih yg x terhingga.. Mohon maaf atas hak2 x tertunai, salah dan silap..
Allah jua lah sebaik2 pemberi balasan.. Terasa diri tidak akan menjadi seperti hr ini tanpa doa2 dan kebaikan2 yg kalian telah taburkan.. Jazakumullahu khairan kathira..

Pertambahan umur itu tanda makin mendekatnya ajal.. Allah..moga kita semua sama2 terpilih mendapat husnul khatimah (pengakhiran hidup yg baik).. Ameen. 26 tahun ini mengemudi diri, ape yg telah ku berikan utk agamaku? T.T

http://drmaza.com/home/?p=910

P/s: jemput ye dtg kenduri..25hb ni, insyaAllah..

Monday, April 29, 2013

Ya Allah, menangkan pakatan rakyat utk pilihanraya kali ini, amin.

5 hari lagi kezaliman ditumbangkan, keadilan ditegakkan, insyaAllah!

Biar nanti, generasi pewaris negaraku Malaysia adalah insan-insan yg bermaruah tinggi berbudi pekerti luhur menjulang peribadi seorang muslim yg unggul..

Amin.