SUNNAH ORANG BERJUANG Lirik Nasyid :Hijjaz Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid membela taufiq.. Dipisah dia berkelana Dibelenggu dia uzlah mula dibina Namun jiwa tetap marak memburu cinta Membara demi Allah dan Rasulnya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang, resah silih berganti Inilah sunnah..orang berjuang.. Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa di rimba Memerah keringat mencurah tenaga Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah.. Berjuang memang pahit.. Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan. Dunia yang fana atau syurga.. |
Allahu Akbar!
apabila Dia menyayangi seorang hamba,
akan diuji hambaNya itu dengan kesusahan mahupun kesenangan,
agar hambaNya itu, lebih kerap, lebih mudah mengadu, merintih padaNya..
menggantungkn segala pengharapan kepada Tuhan..Rabbal 'Alamin..
makin hambaNya mendekatiNya, makin dekat Tuhan padanya, makin sayang Tuhan padanya..
Allah..
betapa aku harapkan aku makin dekat padaMu..
menghampiri, mengadu, merayu, mengharap hanya padaMu..
Allah..
jadikan ku hambaMu yg Engkau redhai..
aku takut ya Allah, andai kesenangan dunia melupakan ku pada hakikat diriku sbg hambaMu..
Allah..
Allah..
Allah..
ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah..
ya Allah, rahmatilah ma dan abah ku, dunia akhirat, ameen.
No comments:
Post a Comment