Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

hidupku dengan cinta mereka

ya Allah, semakin aku melihat, merenung dan mengingati mereka,
semakin mendalam cintaku pada mereka..

oh, ma dan abah!
hidup kakyah utk ma dan abah.
kerana kakyah percaya,
hidup ma dan abah, kerana kakyah juga..T.T

syukur kerana aku merasainya kini.
aku merasainya saat mereka masih lagi di sisiku,
masih lagi diriku mampu utk berbakti pada mereka.

ma dan abah,
kakyah ingin menyenangkan hati ma dan abah,
setiap waktu setiap ketika, seumur hidup kakyah,
seupaya mungkin!

ya Allah, bahgiakanlah ma dan abahku dgnku.. ya Allah, kasihilah mereka, rahmatilah mereka.ameen.

sggh byk pengorbanan ma dan abah yg tiada taranya.
moga anakmu ini dapat berjumpa dgn mu, ma dan abah di syurga kelak.
ya Allah, ameen.

Abah, "Syukur padaMu ya Allah."
diriku : Abg di spt abg long, hehe
diriku : Mey, konpius mende tu?


My mom, at the centre, Teacher's day 2009.
diriku: i know ma, u really love to be a teacher :)
dua dari kiri, Cg. Samsor. cikgu yg plg best, kekal dalam ingtanku.

Rahmatilah mereka ya Allah, ameen.

Saturday, October 2, 2010

ku harap




oh, syahdunye nasyid ini..

Cinta Seorang Ayah
oleh Pahrol Mohd Juoi

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.

Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Abah, kakyah syg abah..
moga Allah rahmati abah dunia akhirat,
moga kita bertemu di syurga Nya, ameen..

ku rindu..

Sunday, August 29, 2010

terus berusaha

hidup perlu diteruskan.
walau sesusah mane pun hidup, selagi bernyawa selagi itulah tugasku sbg hamba pdNya perlu diteruskan.
selalu bersangka baik pada Allah, meletakkan sepenuh harapan dn keyakinan pdNya, pasti hati menjadi tenang.
Allah yg sentiasa memerhatikan hamba2Nya, tidak sesekali lengah dlm memberikan ganjaran dn balasan ats setiap amalan.

yakin sepenuh hati,solat adalah sumber kekuatan, solat adalah penolong, solatlah penghubung ant sorang 'abid dn khaliq.
bukti keimanan ku pdNya, bukti rasa syukurku pdNya.
ya Allah yg maha pemurah, maha penyayang.
hati ini harus kuat, harus terus berharap, berdoa, berusaha, bertawakkal padaMu.
menidakkan nafsu, perlukan mujahadah nafsi..
utk bangun dn beribadah pdMu..ya Allah..

suasana rumah ku yg sunyi waktu ini. menggamit ketenangan Ramadhan yg bertamu. adakah aku mensyukurinya? tepuk dada, tanyakan imanmu. ya Allah, astaghfirullah.

sayu hati ni.
tika ku pulang kali ini, Ramadhan di rumahku tidak semeriah dulu..
huhu, abah.
sebelah kakinya sakit, setelah sebulan, berjalan tidak spt dulu, bataskan pergerakan nya, solatnya hanya dirumah..
huhu, sudah sebulan begitu..ya Allah.
diajak utk ke klinik, namun masih tidak pergi.
harus bagaimana aku perlu lakukan? memujuk dn memaksa?
ya. aku perlu terus memujuk dn memaksa abah utk g hospital jgk.
takkan aku nk biarkn abah begitu. ada yg tak kena disitu.
huhu..abah..

lembutkn hati abahku ya Allah.

Monday, June 21, 2010

untuk ayahanda tersayang..:)

bismillahirrahmanirrahim..

ya Allah, time kasih kerana Engkau memberikn aku berbagai2 nikmat..
terlalu byk..tidak dpt dihitung..
namun..satu nikmat yg tak terhingga yg msh ku rasakn kini..
nikmat kasih sorg bapa..
abah!
panggilan bermakna utk ayahku..
sorg insan yg xpnah knal penat lelah dn jemu..
ya Allah, Kau peliharalah abahku tiap waktu dn ketika..

semalam,
takde plan ape pn, mama call..
ma kata, "ptg ni ma blk umah, wak tubik udang, biar sejuk, nak goreng kunyit..nanti ma blk, bleh goreng terus..lauk siap dh kang? ari ni father's day..kta bt special sket utk aboh, aboh blk nati, dh siap sume.."
aku dgr, mamai2..br bgn tido..hee, dgr mama nk bt special utk aboh cm dlm mimpi..

tggu punya tunggu, ptg tu..sblm kul6, dh start prepare nk msk..ma yg bersemangat sggh..terharu rasa..special utk abah katanya..asalnya ma tak blk umah, duk kt kursus tu je,
tp bila dia kata, ari ini father's day, terus tkr, jd blk umah..
huhu, ma..ur spirit inspire me!

akhirnya, kul7 siap sumenya..terhidang.
"Selamat hari bapa!"

Alhamdulillah..aku terasa rahmatNya..
ya Allah, inilah sakinah, mawaddah, wa rahmah, yg Engkau janjikn dlm rumah tangga hamba2Mu..
ya Allah, syukur ku padaMu..
segala puji buatMu Allah..Tuhanku

abah, byk nye pengorbanan abah utk famili kta..
moga Allah rahmati abah selalu..
abah, kyah syg abah..
moga kyah dpt bls jasa abah dn ma seumur hdp kyah nanti..insyaAllah..
























kerana mereka, aku terus hidup!

Sunday, June 13, 2010

ma dan abah yg ku rindui..

Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata
Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna

Kuingin membalas jasamu selama ini
Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana

Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa

Kasihmu ibu pengubat diriku
Sepenuh hatiku hanyalah untukmu

.........................................................

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu



ya Allah, Engkau rahmatilah ma dn abahku setiap waktu dn ketika..
ya Allah, Kau jadikanlah mereka hambaMu yg taati Mu, tiap waktu dn ketika..
ya Allah, Kau lah Tuhan kami, hanya pdMu kami berserah..

ma, abah, time kasih krn bg peluang utk anakmu ini mencari ilmu d negeri org..
ma, abah, kakyah syukur sgt punya ma dn abah di dunia ni..
xde sape2 dpt gantikn,
hanya ma dn abah shj la kakyah ada..
ma, abah, moga anakmu ini, terus kuat semangat dlm menuntut ilmu..
ma, abah..sgt ingin tlg ma dn abah skrg ni..huhu

Saturday, November 7, 2009

study di rumah

buat pertama kali dlm hdpku,
final xm dlm sistem sem yg ku lalui,
aku berada di umah!
cm x caye..tp ni la realiti..
ats sbb emergency,
sy plg ke umah, jenguk ma abah,
tgk kead mereka slps eksiden,
huu, agk sedih,,
tp ketentuan Ilahi itu yg terbaik..

khamis, 7pg, pelik!sy ada terima miscall dr abg b,
dia tnya ttg sy, tgh bt pe? final bla?
n then, dia btau, ma n abah eksiden mlm td,,
huu, sy tng je msa mula2..
slps tnya kead mereka,sy tau kead agk kritikal,
tp msh bleh tngkn hati, terima sbg ketentuan..

tp bila dh ltk phone,
pk blk, bkn ke kul 11.40 mlm smlm sy terima call dr ma?
ma kta dh mskkn duit dlm akaun sy..
huu..dn lps 2????
Allah takdirkn mereka eksiden??
huhu,
sayu hati xdpt nk d terangkn,
sy call blk abg b, dptkn kepastian..
huu,btl la,ma abah kmlgn lps tu,,
huu..sdhnya..

bla terpk blk..sy redha,tu ketentuan Allah ats kami,,
mgkn ini ujian, mgkn ini kifarah dosa2 kami,
ya Allah,,ampunilah kami..

Thursday, April 30, 2009

Abah, u r the best!

abah yg sgt kuat bekerja..
even usianya sdh melangkau setengah abad,,
Ya Allah,,Engkau pelihara lah abahku ni..

pg2 lg abah sdh aktifkn diri tuk hntr adik2ku ke sek,
kul 8pg abah plg,bwk blk makanan(hehe,plg best!)
kul 9.30pg, abah stat siap nk g ke kdai bt6
kt sana aku tau abah sgt kuat bekerja,
kdg2, smpi x sempat nk mkn,
blk dr kdai,lwt ptg..dlm kul7mlm
aku slalu perasan,abah letih.
tp, kalu adk2 ku ada tuisyen, abah jgk kna hntr,
bkn dkt, tp kna meredah jmbtn sultn mahmud aka k.trg selatan
mlm2,slalu nmpk abah tido kt ruang tamu (msa dlu la,bbrapa hr ni xde dh,hee),
aku rsa, bkn abah xnk tido kt blk,
tp sbb nk tggu along selesai mkn..
nk pstikn gk yg sume pintu dh btl2 kunci,
br la bleh tido btl2..

ni la khdpn abah pd mata kasarku waktu ni.
sgt berterima ksh ats sgl pemberiannya pd ku.
krn telah menjagaku dr kecil smpi dh besau cm ni..
abah bg ksh syg,
abah bg penat lelah,
abah bg air matanya,
abah bg emosinya,
abah bg doanya tukku..

teringat kata2 abah dlu..
msa aku xdpt mane2 biasiswa tuk trskn blaja d uia,
abah kata:
"xpe, k.yah blajo sggh2,
duit k.yah jgn bmbang, abah usahakan,
yg penting, k.yah blajo sggh2!"

msa aku tgh tertekan dgn xm..
abah kata:
"abah doa sokmo tuk anak2 abah.
k.yah pn sendiri kna doa jgk. bt solat hajat.
xpe, abah bt la,abah doa tuk anak2 abah.."

air mata aku berlinang msa abah tuturkn kata2 tu,
terharu sgt aku rsakan.
sbb, bg aku, abah sgt memahami kead ku waktu tu,
even abah xnmpk dgn mata kasarnya ttg ape yg berlaku pdku..


mga Allah redhai dn rahmati abahku,
sepanjang hayatnya dunia dn akhirat kelak,
insyaAllah..amin