Monday, October 3, 2011

Subhanallah!

Dia seorang isteri yang telah bertahun 'kehilangan' suami yang dikasihi, pergi tak kembali. Namun saat dia menceritakan ketabahan si suami berhadapan sakit sampai ke detik akhir perjuangannya melawan kanser, bebola matanya bercahaya.

"Beliau meninggalkan kami dengan 'perlindungan' yang kuat." Ujarnya dengan senyuman dan sinar mata yang galak mengimbas kenangan bersama suami tercinta.

Tidak terlihat riak sedih, apatah lagi kecewa, tetapi 'aura' semangat yang berkobar dan membara dari dalam dirinya bagai dapat saya rasa.

Saya cuba memahami apa yang dimaksudkannya dengan 'perlindungan'. Ye, suaminya tidak meninggalkan harta melimpah, jauh sekali dari rumah dan kereta mewah. Semuanya serba sederhana, berbekal wang pencen suami dan usahanya mengajar tuisyen sekali sekala, wang yang ada sekadar cukup untuk dia dan empat anaknya meneruskan kehidupan di dunia sementara.

Akan tetapi, apa yang dapat saya fahami, perlindungan yang dimaksudkan adalah kasih sayang, didikan iman dan teladan kesabaran dari suaminya itu di sepanjang hembusan nafas yang diizinkan TUHAN untuk 'bekalan' si isteri serta zuriat yang dikasihi mendepani cabaran hidup yang tidak bertepi.

Hingga akhirnya, walau jasad si suami telah tiada, namun, budi dan akhlaknya yang mulia tetap 'hidup' mendampingi anak dan isteri tercinta.

Itulah perlindungan yang dimaksudkan!

Bagai terbayang kenangan cinta Junjungan agung, Muhammad SAW terhadap suri jiwa baginda, Sayyidatina Khadijah r.a.

“Dia ( Khadijah ) beriman ketika manusia lain kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika manusia lain mendustakanku, dan dia membantuku dengan hartanya ketika manusia lain menghalangiku.”

“ALLAH tidak memberiku pengganti yang lebih baik daripada dia.”

“Sesungguhnya aku telah diberi kurnia dengan cintanya Khadijah kepadaku.” ( hadis riwayat Muslim)

Bagaimana pula sikap kita terhadap pasangan? Layakkah kita beroleh penghargaan seumpama itu sehingga disebut dan dikenang-kenang walau nyawa telah bercerai dari badan?

Muhasabah diri....

Airmata ini menitis lagi......

http://www.facebook.com/profile.php?id=1695795105

Sunday, October 2, 2011

si kuning dan si merah..

Bismillah..

mohon petunjuk dan kekuatan dari Mu Ya Allah.

lelah.

saban waktu menghitung hari. kadang lelah sendiri.
justeru, tiada sudahnya begini. yg diinginkan masih tak dapat dicapai, pasti ada rencanaNya tersendiri. Yakinlah!

ampun.

Allah, ampunkan dosa2 ku Ya Allah. sewaktu leka terpedaya dgn nikmat dunia ini.
Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya diri telah menzalimi diri sendiri, andai tiada ampunan Mu, sungguh, aku lah hambaMu yg rugi..

bahagia.

tebarkan syukurmu. seluas lautan tidak bertepi. kerana di situ lahir bahagia, merasai nikmat walau sekecil cuma. Alhamdulillah 'ala kulli hal..wa a'uzubillahi min ahli nnar!

cinta.

tiada nikmat setanding cinta. andai seluruh alam menyayangimu, apa lg yg kamu mau? Ya Allah..cinta membuatkan duri menjadi bunga. andai tiada cinta, tiadalah manusia.

si K dan M

sepasang kaktus.

biar cinta ini kekal ke akhirnya Ya Allah.
mohon petunjukMu.
ingin ku semai, ku baja dan ku jaga sebaiknya.
kekal hidup walau badai melanda.
laksana pepohon kaktus yg kekal hidup di gurun sahara.
walau disekelilingnya tandus, namun dalam tubuhnya masih ada air, mampu menampung hidup berhari2 lamanya.
kekal teguh di padang pasir, tiada mencari tanah subur di negeri orang.
punya duri sendiri, mampu menyentak musuh menerpa!


Mohon dipermudahkan jodoh kami Ya Allah..

Ameen Ya Rabbal 'Alamin..T.T

Saturday, October 1, 2011

dan ingin lagi pergi

Bismillah..

Dengo Ustaz Azhar cakap smlm..tiap mase rase berdebor, rase takut, rase nok nangis.
Allah..lamenya dok dengo tazkirah live gitu..huhu.

Ustaz cakap;

+dunia ini syahadat. yg boleh kita tengok skrg ni.

+perlu iman, ilmu, amal, ikhlas..

+org yg beriman tp takde ilmu. tak jadi. macam sahabat nabi yg solat 3 kali, nabi kata kamu masih belum solat.sebab ape? sebab takde toma'ninah.

+jadi perlunye ilmu. masing2 sggh2 menuntut ilmu dlm bidang msg2. barulah boleh wujudkn komuniti muslim yg hebat.

+neraka itu tempat berhala dn org2 kafir. org Muslim dia xkn kekal dlm neraka. kalu masuk neraka pn sbb nk BERSIH kan dosa2. Dok lame..10 ribu tahun je. huhuhu.

+ustaz kaji sebab apa ceramah ust ramai org dtg. salah satunye sbb ceramah ustaz ade buka slot soalan. plg penting, ustaz kaji, sbb ape ceramah dia ramai dtg. tiap benda berlaku ada sebabnye. Allah..

+perlu rajin bertanya kalu tak tau. telek buku, tanye alim ulama. eg. zizan raja lawak, tnya ust, ape hukum nye kalu dia nok buka bisnes karaoke? (huhu, nampak je zizan gitu, tp bab hukum, terus tanya pd yg berhak, aku?)

huhu..dan byk lg. yg ni je melekat dlm hati. aku blk awal, kul 10 lebih dgn hati paksa rela.nok kejo bas n lrt..

Allah..ku ingin ke taman syurga itu lagi, huhu.

Wednesday, September 21, 2011

tiada kata harus ku lafazkan.

http://serumpun1.blogspot.com/2011/09/ikhtiar.html

T.T

Friday, September 9, 2011

If they know..

bismillah..

buka mata buka hati..

memilih dan menerima perbezaan seadanya.

maka bertebaranlah kamu di muka bumi Allah untuk saling berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Ya Allah..

rindu. penyakit rindu datang lg. sebahagian dari homesick.

dn rindu kali ini, puncaknya utk menghadiri usrah. Allah, ku ingin menghadiri majlis ilmu..taman syurga itu. Semoga ada peluang utkku lg.

sedang berusaha utk menggabungkn diri dgn aktiviti jemaah di sini. tapi masih tak dapat contact siapa dan di mana lg. haih..sudah 3 bulan berlalu.

Ya Allah..

beberapa hari ni terbaca kisah angsa dan telur emas. teringat balik masa zmn kecik dulu mmg suke bace cerita2 kanak2 ni. bila bace cerita ttg angsa dan telur emas, dlm tulisan yg berbeza, aku jadi makin memahami erti hidup.

kisahnya. seorang penternak angsa putih ni, suatu hari terjumpa telur emas dekat tempat angsa tersebut bertenggek. di cek betul2, memang tu telur emas, bukan telur biasa2. apa lg, penternak tu sgt2 gembira la. esokknya, pada angsa yg sama, dia tgk ada lg telur emas. gembira naik atas kepala layaknya. dn esok lg, tgk telur emas di tempat yg sama.."wah! kaye raye la aku macam ni!" Lalu, difikirnya. kenapa harus aku menunggu? kan lebih cepat utk aku potong perutnya dan ambil terus telur2 dalam tu. Dan, akhirnya, setelah dipotong dn dikerat angsa putih itu, terkejutlah si penternak, dilihatnya dlm perut angsa itu kosong, tidak ada walau secubit pun emas.Huhu.

Dahulu, tafsiranku..terlalu tamak si penternak itu, ingin kekayaan yg cepat, tanpa sabar, mana boleh. akhirnya, dia sendiri yg rugi.

Kini, tafsiranku..dua benda yg perlu dititikberatkan dalam kehidupan jika kita mahu berjaya. barang (aset) dan produknya. jika tidak ada aset, tiada produknya. aset yg baik menghasilkan produk yg baik. malah, aset tu yg perlu dijaga sebaiknya, untuk pastikan nilai produk nya maintain. huhu. bukan tu je, produk yg terhasil mestilah at least sama dgn nilai aset, or lebih. barulah dikatakan hasil berbaloi.

Hasil bacaan buku Stephen Covey (7 Habbit Effective People)

Rasa hati, ingin diberitahu pada majikan ku. kami, the employee, are the great asset they have. cannot simply neglect us, or fully use us. we are also human being who needs to be appreciated and take care. at least once said.

Huhu..rasa hati tika ini begitulah. Rasa seperti terlalu meminta..tapi..kadang2 rasa diri digunakan utk mencari untung se maksima. Mana pergi amal, mana pergi kebajikan?

If they know...

Semoga Engkau merahmati kami Ya Allah.
Semoga Allah bukakn pintu hati kami untuk sentiasa menggunakan rezeki yg Engkau kurniakn di jalan Mu.
Ameen.

Sunday, September 4, 2011

kerana teguran bisa membuka fikiran

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda,


عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: انصر أخاك ظالماً أو مظلوماً، فقال: رجل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أنصره إذ كان مظلوماً، أفرأيت إذا كان ظالماً كيف أنصره؟! قال: تحجزه أو تمنعه من الظلم، فإن ذلك نصره


Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “bantulah saudaramu, sama ada dia itu menzalimi atau dizalimi.” (Seorang sahabat) bertanya, “seorang lelaki itu wahai Utusan Allah, aku membantunya jika dia dizalimi. Bagaimana pula boleh seorang yang menzalimi itu aku membantunya?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “Engkau menyekat atau menghalangnya daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya demikian itu adalah bantuan untuknya” [Hadith riwayat al-Bukhari]

http://saifulislam.com/?p=10347#.TmGbhcn42ik.facebook

Tuhan..

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan


Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku


Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu.....

"The most important thing to remember is that Allah plans all events to protect His true servants and to enable them to earn Paradise.

My Protector is Allah Who sent down the Book. He takes care of the true believers. (Surat al-A'raf: 196)

Those who never forget that there is a divine purpose in whatever happens to them feel the nearness of Allah's company in every step they take. Wherever they are, or whatever they are doing, they never forget that Allah knows it all very well.

Therefore, never forget that everything, past and future, in all its detail, is recorded in Allah's sight, that nothing happens to man except for what Allah wills, that Allah is knowledgeable about our actions wherever we are or whatever we are doing, and that we are all bound within the destiny ordained for us."

http://www.harunyahya.com/neverforget4.php


Ya Allah..
semoga aku dn hamba-hambaMu di sampingku,
termasuk dlm golongan org-org yg sabar.
Amin Ya Rabbal 'Alamin..