Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

usah takabbur..kerna takabbur kamu lebur

Al-Imam Ahmad dan al-Baihaqi meriwayatkan cerita oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang wasiat Nabi Nuh ‘alayhi al-Salaam kepada anaknya di ambang kewafatan Baginda. Hadith yang panjang itu menyentuh perkara berikut:

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
 Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
http://saifulislam.com/?p=11171#more-11171

Saturday, March 10, 2012

kata-kata baik itu sedekah..




Subhanallah..
Alhamdulillah..
indahnya..

semoga Allah merahmatinya..

Friday, January 13, 2012

a reminder. true reminder. for a woman like me.

no other words can describe,
just live to seek His blessing..
Oh Allah, grant me husnul khatimah..
Ameen..

http://myibrah.com/pengaruh-wanita-dalam-kehidupan-lelaki

Saturday, January 7, 2012

"say, if u love Allah..follow me.."

The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Honey, nectar, sweetness and cream
Orchids blooming by a mountain stream
Starlit skies and waves on the sand
Next to love they can't stand
Next to this love they cannot stand

Yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man ro-su maalihir-rojaa
Wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i khoiril anaami,
Yaa khoiral a'anaami

The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu syifaa-un lana
Robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul khitami
Bihusnul khitami

How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard

Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near


Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."
(Ali Imran: 31)

the love that never can be a part..
Ya Rasul..sollu 'alaih..

Thursday, December 29, 2011

sepohon kayu daunnya rimbun..

Bismillah walhamdulillah..

reflection al hijrah.

satu kisah menusuk kalbu..(dikisahkan dlm bahasa ku sendiri)

suatu ketika, Nabi s.a.w. pernah bertanya kpd para sahabat..

"orang mukmin itu seperti sepohon pokok. lalu, pokok apakah itu?"

ketika itu, salah seorang sahabat yg ada adalah Abdullah.anak kpd Umar. dalam hatinya tahu jawapannya adalah pohon kurma. lalu, disebabkan kerana rasa malu pada sahabat2 yg ada, beliau hanya mendiamkan sahaja jawapannya itu.

Rasulullah saw. menanti jawapan, namun tiada siapa yg dapat memberi jawapan yg betul. Akhirnya, baginda memberitahu bahawa jawapannya adalah pokok kurma. Pokok kurma mempunyai banyak manfaatnya. Buah kurma, pelepah daunnya, dan segala apa yg ada padanya mempunyai manfaatnya tersendiri kpd manusia.

Sebaik pulang dari peristiwa itu, Abdullah pun memberitahu apa yg berlaku kepada ayahnya, Umar..lalu ayahnya berkata "jikalau kamu yg menjawabnya, tentu ayah akan merasa lebih bangga dgn kamu.."

Huhu..begitulah didikan Umar kepada anaknya dlm melakukan kebaikan..

Ya Allah..begitu jauh diri ini dgn akhlak seorang mukmin.
Ya Allah..berikanlah hambaMu ini kekuatan, untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Ameen..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang menerka-nerka pepohonan wadhi. Abdullah Berkata: “Lalu terbesit dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya.” Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah beri tahukanlah kami pohon apa itu?” Lalu beliau menjawab: “ia adalah pohon kurma.”

-Riwayat Imam Bukhari-

untuk perkongsian lebih mendalam,

mukmin dan pohon kurma (1)

mukmin dan pohon kurma (2)


rasa takut (khauf) dan harap (raja')

Bismillah walhamdulillah..

pg yg indah..
masih dikurniakan Allah sehari lg untuk terus menabur amal.

takut, jangan dipisahkan dgn harap.
takut kpd Allah dan berharap juga pada Allah.
kerana segala milik Allah.

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedangkan mereka menyeru kepada Rabb mereka dengan perasaan penuh rasa takut (khauf) dan harap."
(As Sajdah: 16)

Umar Al Khattab r.a., ketika membaca surah At Takwir: 1

"Apabila matahari digulung," hingga ayat 10, "Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,"

beliau tersungkur dan pengsan!

Allah..

rasa takutnya kpd azab Allah di akhirat kelak sehingga membuatnya lemah tak berdaya sebegitu.

semakin yakin seorang hamba kepada Rabb nya (dengan ilmunya), semakin kenal dia kepada Pencipta nya, semakin sedar dirinya hakikat kehidupan dunia yg sementara dan akhirat yg kekal abadi.

nastaghfirullahal'azim..

Saturday, December 24, 2011

semoga Allah merahmati ustaz dan keluarganya..amin.

Hanya Satu Yang Tidak Berubah

Dunia berkasar denganku
Mengasariku dengan cerita dakwah
Mengasariku dengan cabaran nafkah
Mengasariku dengan hiruk pikuk siasah
Mengasariku dengan pelbagai mehnah

Tubuhku lelah menempuh payah
Fikirku lesu menampung jemu
Perasaanku gersang oleh kemarau panjang
Imanku calar merangkak susah

Aku jadi suami yang hambar
Aku jadi rakan yang pudar
Aku jadi penulis yang muflis
Aku jadi penyair yang gerimis

Hanya satu yang tidak lesu
Hanya satu yang tidak jemu
Hanya satu yang tidak keliru
Bahawa “aku sentiasa menyayangimu”

- Abang

subhanallah..

http://drmuna.wordpress.com/2011/12/23/hanya-satu-yang-tidak-berubah/

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu umpama rusuk
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya
Kerna itu biasa
Lumrah hidup kita semua

Suamiku

Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

UMMUSAIF.COM
9 Februari 2008

http://drmuna.wordpress.com/2008/08/31/buat-suami-tersayang/

Allahuakbar!

sakeenah mawaddah wa rahmah dalam perkahwinan..

rahmatilah mereka Ya Allah..


Friday, December 23, 2011

ku ingin mukmin!

“Empat karakter, barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen. Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu, maka dia berada di atas salah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat, apabila bertengkar, dia melampau” [Hadith riwayat al-Bukhari (3007) dan Muslim (58) dengan lafaz Muslim]

Ya Allah, aku berlindung pada Mu drpd termasuk dlm golongan itu.
Ya Allah, bantulah kami.
Ya Allah, tunjukkan kami jalan Mu.

Ya Allah, jauhilah aku drpd sifat2 ini:
1. apabila bercakap dia berdusta
2. apabila berjanji dia mungkiri
3. apabila berpakat dia khianat
4. apabila bertengkar dia melampau

jauhkanlah Ya Allah, lindungilah Ya Allah.

Wednesday, December 21, 2011

pokok yg subur menjulang ke langit itu kerana akarnya gagah mencengkam bumi!

bismillah walhamdulillah..

sedikit bingkisan ceritera hidupku, pesanan utk adik2ku..

utamakan Allah dlm hidupmu, dlm setiap perkara yg kamu lakukan.
mcm mane?

PELIHARALAH SOLAT.

JAGALAH SOLAT.

JANGAN SESEKALI KAMU TINGGALKAN.

sekiranya terjadi juga sekali kamu tergelincir, terus.. cepat2 kamu taubat. jika sekali lagi kamu tergelincir, terus..cepat2 lagi kamu bertaubat. dn lagi dan lagi. jgn sekali kamu biarkan dosa2 mu membelenggu hari-hari mu.

kerana di situ, Allah sedang menilai mu.

"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu." Yakinlah!

ape yg berlaku pada masyarakat hr ini (hasil dr pengalaman hidup secebis cuma), kesan dr mengabaikan KUALITI SOLAT itu. solat itu hilang nilainya. seakan tiada apa makna pada kata solat itu.

aurat tak dpt dijaga dgn sempurna, kerana solatnya tidak sempurna.

couple, dating sana sini, kerana solat itu tiada pentingnya, tidak terjaga.

kerja cincai cuma, juga kerana solatnya cincai juga.

nastaghfirullah..

apabila hari ini, ku dapati ada insan yg bekerja dgn majikan bukan Islam, tidak dibenarkan solat di tempat kerja, lalu memberi alasan.."nak buat macam mana, terpaksalah balik solat di rumah.."
Allahu Rabbi..rezeki Allah teramat luas..kenapa kamu tegar di situ, sedang Allah kamu kemudiankan? di mana rasa takutmu, rasa harapmu pada Tuhan Yang Maha Kuasa?

aku tidak berada di tempatmu..mungkin aku tidak tau..namun, utk qadho' solat di rumah semata kerana secupak rezki di situ, lebih baik tinggalkn rezeki itu. rezeki halal di bumi ini terlalu luas..

Ya Allah, na'uzubillahi min zaalik.

org yg baik akhlaknya bersamaan baik solatnya. selalu menjaga waktu dn solatnya.
tp, bagi yg sebaliknya..kerana solatnya juga sebaliknya.

wallahua'lam..

sama2 kita muhasabah diri..



Saturday, December 17, 2011

Jadilah kita pembela tak dimata dunia

WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya' lagi 'ujub. Ya Allah selamatkan kami..
Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini..
Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.
Jika ingin lihat amanahnya, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu.
Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara dengan org lain jantina yg dia sukai.
- Ust. Zaharuddin Abd. Rahman, 2011 -

Friday, December 16, 2011

the islamic laws (hudud) is just..just for all!




Praise be to Allah..
it is about our believes..
nobody able to talk about it precisely, except for the expert..
and whenever the persons who talked about it, who are we really respect for their knowledge..
wonderful is it?

the hudud is one of islamic laws..
it concerns about adultery, robbery, accusing someone doing adultery, taking beers (alcohol), and apostate.
the punishment will be arranged after the wrongdoers have been completely proven that he/she is guilt. never be, the wrongdoers being left injustice for the things that he/she was not doing, carelessly done.
in the laws. the things matter are something that can't be overcome by human being, because of our limitation as human.
God (Allah) has created us, and He knows..
for these impermissible things, human laws are not enough to prevent it from happen..
and He already provide us the laws that going to fix it..
so, why don't we just follow?

A big applause for the team, came by this idea..
may Allah rewards them with His blessing here and hereafter..
Ameen.

Saturday, December 10, 2011

tidak perlu madah pujangga, cukup peribadi muslimahmu sbg peringatan..

Bismillah walhamdulillah..

mohon ampunan Mu Ya Allah.

teringat satu peristiwa ptg td.
ketika perjalanan pulang ke rumah sesudah kerja..
(kantoi la, sy plg awl skt dr biasa hari ni..)

ptg td kerja ditemani hanis, blk pn ditemani hanis..
mulia sggh hati si gadis itu..

berkira2 mau ke carrefour dulu sblm plg ke umah, nk naik bas yg biasa tu..alih2 bas biasa tu x sampai, jd..dgn pasrahnya naik la bas metro.
ada tempat kosong satu di bahagian dpn skali, lihat sorg perempuan di sebelah lagi, duduk teruslah.

hm..dalam beberapa minit terus dibawa hanyut dunia sendiri..sehinggalah disedarkan oleh suara azan asar. bgsnye radio muzik, masih lg siarkan suara azan..alhamdulillah..

dlm mengamati suara azan itu, kedengaran suara azan dialunkan oleh sorg lelaki..spt ulangan azan di radio. spt sama2 mengalunkan azan. seakan x percaya, ku rasakan mgkn suara azan di masjid terdekat..ke..suara pemandu bas yg sama2 mengazankan? (suara itu dkt dgn ku, di sebelah sana, xde penumpang pn).. kebetulan bas lalu dihadapan masjid. oh, mgkn suara azan itu yg ku dengar. tp..bila melepasi masjid, kedengaran semula suara azan itu dialunkn..haa..sah, mmg suara pemandu bas.

hm, ku rasa mcm sesuatu yg lain..ku amati, mmg dia sama2 mengazankan, bersama suara di radio. ku rasa spt..x dpt digmbarkan dgn kata..dr pengamatanku, dia bkn mempersendakan suara azan itu, bkn juga utk menunjuk2..tp seolah2 suara azan itu disukainya. setelah habis azan, spt biasa, aku mengaminkan bersama2 doa di dalam radio..bila saat nama Rasulullah s.a.w, pemandu bas turut sama2 berselawat..hehe, sungguh unik sifatnya..sedarkan aku utk sama2 berselawat..Allah.

hm..ntah la..peristiwa ptg td, seolah2 ku rasakan pemandu bas itu menghormati aku sbg penumpangnya.menghormati ku krn pakaian muslimahku..lalu tergerak hatinya utk sama2 menghormati azan itu..

Subhanallah..

seorang muslimah, apabila benar2 mengamalkan syariat agama, hanya dgn menutup aurat dgn sempurna, sudah cukup utk mengetuk hati-hati manusia lain, kembali kepada Tuhan, Rabbal 'Alamin. tidak perlu untuk berkata-kata, cukup peribadi muslimahmu sbg peringatan..

Subhanallah..

Segala puji hanya layak untuk Mu, Rabbi..

Wednesday, December 7, 2011

tak dapat dibayangkan..

nikmat syurga itu tiada di pandangan mata..
yg cantik itu sgt cantik, xdpt dibayangkan..
yg indah itu sgt indah, xdpt dibayangkan..
yg lazat itu sgt lazat, xdpt dibayangkan..
yg hebat itu sgt hebat, xdpt dibayangkan..
betapa nikmat syurga itu..
namun, jgn dilupa,
bersama kenikmatan syurga itu,
ada besarnya, kerasnya, sakitnya, deritanya azab neraka,
yg juga xdpt dibayangkan oleh akal fikiran manusia..

(Ustz Noraslina)


T.T
wallahua'lam..

Monday, November 21, 2011

Allah, berikan ku kesempatan menyayangi mereka..seperti Rasul Mu




http://keranacinta.wordpress.com/2011/11/21/komunikasi-dengan-kanak-kanak-cara-rasulullah-s-a-w/

Wednesday, November 16, 2011

bagaimana iman mu wahai diri?

sepatutnya aku menjadi hamba Allah yg sgt2 bersyukur...

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..

Kata-kata buat renungan..

Wahai diri…
Apabila engkau ditanya apakah kamu mencintai Allah??
Maka, tentulah engkau menjawab,,Ya… aku mencintai Allah…
Namun, apakah benar engkau mencintai Allah??

Benarkah engkau mencintai Allah sedangkan siang dan malam engkau melupakanNya?
Benarkah engkau mencintai Allah sedangkan engkau sering mengundang murkaNya?
Bagaimana engkau mencintai Allah sedangkan engkau sering melanggar perintahNya dan menjalankan laranganNya?
Bagaimana engkau mencintai Allah sedangkan surat cintaNya tak pernah engkau baca dan amalkan?
Bagaimana engkau mencintai Allah jika surat cintaNya dikumandangkan engkau mengabaikannya?

Bagaimana engkau mencintai Allah sedangkan kedatanganNya disepertigaan malam tidak pernah engkau sambut??
Dimanakah letak engkau mencintai Allah sedangkan engkau lebih suka bersenang-senang dalam kemaksiatan?
Dimanakah bukti bahwa engkau mencintai Allah wahai hamba yang mengaku cinta kepadaNya?
Apakah cintamu hanya dimulut saja??

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.225612117505153.53831.118502744882758&type=3

Tuesday, November 15, 2011

sesungguhnya, bersama kesusahan itu ada kesenangan..!

"Fainna ma'al 'usri yusra" kata Syariatullah. Tetapi selagi kehidupan belum berakhir Sunnatullah kata selepas Yusra boleh datang 'Usri semula.

Tidak berani untuk gembira, kerana selepas gembira duka boleh menjelma. Hanya bertenang menyambut suka dan duka, seadanya.

-Ust Hasrizal Abd Jamil-

kerana makna kesenangan itu semata di akhirat sana..
bukankah dunia ini hanyalah permainan juga persinggahan semata?

Ya Allah, hanya padaMu kami bergantung..

Sunday, October 30, 2011

adab dalam pertunangan.



Petikan pengisian ust Zaharuddin di rancangan Tanyalah Ustaz TV9 pada 7 Mac 2011

semoga kita sama2 menjaga hubungan ini dn hubungan dgnNya juga..
insyaAllah :)

Thursday, October 27, 2011

putaran hidup, suatu masa kamu akan fahami.

http://saifulislam.com/?p=10501

Tuesday, October 18, 2011

mencari terus mencari erti pernikahan



"khoirukum khoirun li ahli"



ibrah hubungan Ibrahim dan Ismail - kualiti melangkaui kuantiti

Subhanallah..


sggh ilmu di dada masih kurang. perlu terus mencari dn mencari.

dan

sejak akhir2 ini, terusik dgn satu kata2..

“Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Ya Allah..

betapa kuatnye ikatan pernikahan itu.
"Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya."
T.T

Source: Ust Pahrol Mohd Juoi
http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/







Sunday, October 16, 2011

benarlah dalam kehidupan, tanpa guru siapalah kita.







huhu, sy sgt merindui guru2 sy..
di mana sy boleh berguru lg seperti dulu...T.T

http://www.zaharuddin.net/peribadi,-tazkirah-&-fikir/766--jaga-adab-bertambah-berkat.html

T.T