Wednesday, October 27, 2010

never surrender, time wil be the cure, insyaAllah

yuk! bersemangat baru!
exam makin mampir..benar, sudah tidak punya byk kelapangan waktu.

1/11 - Aural Rehab
2/11 - Clinical exam, written
6/11 - health econs
8/11 - industrial audiology

14, 15, 16/11 - clinical exam

ya Allah, ya Razzaq, ya Fattahh, ya 'Alim..
kurniakan kami ilmu y bermanfaat, dan rezkikan kami kefahaman yg luas, ameen.

madihah, percaya pada usaha, doa dan tawakkal!
cepat, masa memotongmu.

Saturday, October 23, 2010

the moment we share together

specially this post is dedicated to my mentor.

seriously, i'm very lucky to have her.
it is like Allah has sent her to me, to ease my hand..
i feel very supported, cheered up and i plan to work smarter and smarter in my study.
Alhamdulillah. thank you Allah, the Most Gracious, she is with me..

for about 3 sem she lectures me. and i observe her characters.
she is very cheerful person. once she talks, everyone can see her spirit. full of energy.
she is systematic, and has clear mission for her days.
every days, she has her own organizer, she list down 6 things that she wants to do. and ensure that she do that.
and whenever she works, she wants to do her best!
her words,
"this is the only chance i have, i must do my best"

and she said, self-discipline, it is about how u works on it.
what i learned from her, nothing can change ur life, unless u urself change it.

and i very respect her,
may Allah bless her always,
and may i'll be more 'firm' with myself..ameen.

Tuesday, October 5, 2010

hidupku dengan cinta mereka

ya Allah, semakin aku melihat, merenung dan mengingati mereka,
semakin mendalam cintaku pada mereka..

oh, ma dan abah!
hidup kakyah utk ma dan abah.
kerana kakyah percaya,
hidup ma dan abah, kerana kakyah juga..T.T

syukur kerana aku merasainya kini.
aku merasainya saat mereka masih lagi di sisiku,
masih lagi diriku mampu utk berbakti pada mereka.

ma dan abah,
kakyah ingin menyenangkan hati ma dan abah,
setiap waktu setiap ketika, seumur hidup kakyah,
seupaya mungkin!

ya Allah, bahgiakanlah ma dan abahku dgnku.. ya Allah, kasihilah mereka, rahmatilah mereka.ameen.

sggh byk pengorbanan ma dan abah yg tiada taranya.
moga anakmu ini dapat berjumpa dgn mu, ma dan abah di syurga kelak.
ya Allah, ameen.

Abah, "Syukur padaMu ya Allah."
diriku : Abg di spt abg long, hehe
diriku : Mey, konpius mende tu?


My mom, at the centre, Teacher's day 2009.
diriku: i know ma, u really love to be a teacher :)
dua dari kiri, Cg. Samsor. cikgu yg plg best, kekal dalam ingtanku.

Rahmatilah mereka ya Allah, ameen.

Saturday, October 2, 2010

ku harap




oh, syahdunye nasyid ini..

Cinta Seorang Ayah
oleh Pahrol Mohd Juoi

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.

Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Abah, kakyah syg abah..
moga Allah rahmati abah dunia akhirat,
moga kita bertemu di syurga Nya, ameen..

ku rindu..

Thursday, September 30, 2010

memulakan sesuatu yg baru

bismillahirrahmanirrahim..

hampir saja aku menitiskan air mata pg td..
disebabkn research ku itu,
br ku tau,
susahnya nk cari rekod! perlu byk sabar..
tak dpt aku bygkn mcm mane aku nk cr baki 200 subjek kalu begitu caranya,
dlm masa 1 jam, aku tak dpt jumpa satu pun lg BHT! huhu
targertku utk settle kn 20 subjek pg ni, tp kesudahannya? 6 subjek je yg dpt dicari..
huhu
how i want to talk to my sv. tomorrow..huhu, ya Allah.

ya Allah, tunjukkn ku jalanMu, kuatkan hatiku ya Sami'. ya Basir

Tuesday, September 28, 2010

syukur.

syukur padaMu ya Allah..
atas izin Mu jua, syifa' ku dpt baik smula :))
dpt la aku bt keje dgn sng hati kembali..

beberapa hari lalu syifa' ku lost connection dgn wireless.
bila cm tu, hilang sayap ku seketika, tak dapat terbang di alam maya.
rasa krg smgt, sepi, sendiri. huhu
hr ni, dapat semula..alhamdulillah. Engkau yg Maha Memberi. ya Razzaq.

bila berada di alam ini, rasa bebas ke sana ke mari, tp ku tau ttp dlm batasannya.
cukuplah Allah yg Maha Mengetahui sbg pengawasku.
ya Allah.

....

disebalik kegembiraan ini, ada satu yg ku pelajari.
jgn putus asa dr rahmat Allah. sentiasa bersangka baik padaNya.
dn yg plg penting, sentiasa harapkan rahmat drNya.
tidak rugi meminta2 pdNya, bertambah2 syg Allah pada ku.
tp kiranya ku meminta2 pd manusia, semakin terbeban mereka dgnku.
ya Allah.

....

dn juga ku sedari, rupanya berlainan sgt semangat yg ku bawa
setelah bgn seawal 4.30 pg (sblm subuh) dan 6.10pg (slps subuh). huhu.
ya Allah.
diriku ingin sekali bgn seawal sblm subuh setiap hari.

ya Allah, berkatilah pagiku ya Allah.

jgn malas2 ye madihah!

menggamit rindu pada Ramadhan yg lalu..

Friday, September 24, 2010

datang dan pergi.

syawal sdh di pertengahannya,
dah cukup pose 6?belum :(
skt lg tu..chaiyyok!


hee..ade sdkt mase free, nk meluah rase kt sini..


rindu pada Ramadhan.

tersedia ada. tersedia bertamu.

siapa tak rindu pada ketenangannya. ketenangan yg takkan dapat dicari, hanya dpt dirasa pd bulan itu. saat insan semua meluangkan semaksimum mungkin masa mereka beribadat. huhu..rindu pada suasana itu. rinduku pada saat ramai2 pegi ke surau dn masjid utk solat bersama2. huhu. rindu yg hanya kn terubat 11 bulan akan dtg. sunyi dan sepi surau dan masjid kala siang dn malam hari. tidak seperti di bulan itu. huhu.


tarbiyyah Ramadhan.

Allah dtgkan satu bulan yg penuh rahmat. sbg tanda kasih sayangNya pada hamba2Nya. peluang itu utk setiap hambaNya menyediakan iman utk menempuh cabaran 11 bulan mendatang. tak siapa tahu, dapat lagikah kita bertemu dgn Ramadhan depan? hanya Dia yang maha mengetahui.


Lalu, bersegera menyediakn diri menghadapi hari mendatang, sudah cukupkah bekalan amal? huhu..selagi mampu, berusahalah! cukuplah kematian itu sbg peringatan. Saat ini, hatiku benar2 terkesan dgn 2 berita kematian- moga mereka dirahmati, kematian yg mengejutkan. meninggal ketika tidur. ya Allah. bila ajal tiba, tak dicepatkan, tak dilambatkan. terfikir sendiri, bagaimanakah nanti diriku saat itu? wallahua'lam. ya Allah, matikanlah aku dalam husnul khatimah.

"every soul taste death.." (Ali Imran: 185)
terputusnya segala amal kecuali 3 perkara,
ilmu bermanfaat,
anak soleh,
sedekah jariyah.
dan Dia lebih mengetahui.