Monday, April 30, 2012

cinta yang teragung :)



"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

repair

bismillah walhamdulillah..

apabila sesuatu sudah rosak, kita akan cuba baiki.bagaimana mahu baiki, cuba tgk dkt part yg rosak, mana tahu ada wayar tercabut, tapi still xdpt. jd tentunya technician yg tau. mestilah kita send dulu barang tu ke pembaikinya. bila nak repair, nak x nak kena buang jugak part yg mane dah rosak, ganti yg baru. tapi kualitinya? pasti x sama. itu sudah aturanNya. segala benda yg takkan kekal di sini dan tidak ada satu pun yg sempurna. dan tidak kesempurnaan itu adalah ujian.

lalu, siapa yg mendatangkan ujian itu? ALLAH.
lalu, setiap apa yg berlaku, yg dekatkan diriMu kepada Allah itulah rahmatNya.
jadikan setiap apa yg berlaku dalam hidup Mu semuanya menjadikan kamu tunduk dan patuh kepada Allah dgn sesungguh hati Mu.

Ya Allah..sabarkan hatiku..ameen.

mulakan kebaikan itu sekali lagi

bismillah walhamdulillah..

hari ni Isnin 8 Jamadil Akhir..

tinggal beberapa bulan sahaja lg Ramadhan akan dtg..

tinggal beberapa hari untukku ke tanah suci..
ape persediaan ku?
mental?fizikal?spiritual?

Ya Allah, sampaikan aku ke sana,
Ya Allah, jadikan hidup dan matiku dalam redhaMu..
Ameen..

i'm coming home,
tell the world i'm coming home!

428


428

Bismillah walhamdulillah..

Imam al ghazali pernah berkata, apabila seseorang itu ditimpa musibah dan dia mengubah kebiasaannya, itu tandanya dia tidak sabar..

Dalam isu bersih ni, aku jelas mahukan kebenaran mengatasi kebatilan, dan ku katakan bahawa kepercayaan untuk menyokong parti Islam itu sudah bulat. Lalu, perlindungan dan kekuatan dr Allah jua ku pohon untuk kami hamba-hambaMu yg lemah ini..

Semoga kebangkitan Islam semakin hampir..
Ya Allah, jadikan kami hambaMu yg berusaha sedaya upaya kami untuk menegakkan asma-Mu teragung di Malaysia ini..
Ameen.

Wednesday, April 25, 2012

bertukar wajah

bismillah walhamdulillah..

blogspot account berwajah baru nampaknya..
setting nya sudah berubah, ada macam2 application baru..
huhu..
seakan memahami diri ini juga turut sama ingin berubah..
berubah kepada lebih baik..

there is always hope! :)

usah takabbur..kerna takabbur kamu lebur

Al-Imam Ahmad dan al-Baihaqi meriwayatkan cerita oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang wasiat Nabi Nuh ‘alayhi al-Salaam kepada anaknya di ambang kewafatan Baginda. Hadith yang panjang itu menyentuh perkara berikut:

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?
 Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?
Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
http://saifulislam.com/?p=11171#more-11171