reflection al hijrah.
satu kisah menusuk kalbu..(dikisahkan dlm bahasa ku sendiri)
suatu ketika, Nabi s.a.w. pernah bertanya kpd para sahabat..
"orang mukmin itu seperti sepohon pokok. lalu, pokok apakah itu?"
ketika itu, salah seorang sahabat yg ada adalah Abdullah.anak kpd Umar. dalam hatinya tahu jawapannya adalah pohon kurma. lalu, disebabkan kerana rasa malu pada sahabat2 yg ada, beliau hanya mendiamkan sahaja jawapannya itu.
Rasulullah saw. menanti jawapan, namun tiada siapa yg dapat memberi jawapan yg betul. Akhirnya, baginda memberitahu bahawa jawapannya adalah pokok kurma. Pokok kurma mempunyai banyak manfaatnya. Buah kurma, pelepah daunnya, dan segala apa yg ada padanya mempunyai manfaatnya tersendiri kpd manusia.
Sebaik pulang dari peristiwa itu, Abdullah pun memberitahu apa yg berlaku kepada ayahnya, Umar..lalu ayahnya berkata "jikalau kamu yg menjawabnya, tentu ayah akan merasa lebih bangga dgn kamu.."
Huhu..begitulah didikan Umar kepada anaknya dlm melakukan kebaikan..
Ya Allah..begitu jauh diri ini dgn akhlak seorang mukmin.
Ya Allah..berikanlah hambaMu ini kekuatan, untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Ameen..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
untuk perkongsian lebih mendalam,
mukmin dan pohon kurma (1)
mukmin dan pohon kurma (2)