Hanya Satu Yang Tidak Berubah
Dunia berkasar denganku
Mengasariku dengan cerita dakwah
Mengasariku dengan cabaran nafkah
Mengasariku dengan hiruk pikuk siasah
Mengasariku dengan pelbagai mehnahTubuhku lelah menempuh payah
Fikirku lesu menampung jemu
Perasaanku gersang oleh kemarau panjang
Imanku calar merangkak susahAku jadi suami yang hambar
Aku jadi rakan yang pudar
Aku jadi penulis yang muflis
Aku jadi penyair yang gerimisHanya satu yang tidak lesu
Hanya satu yang tidak jemu
Hanya satu yang tidak keliru
Bahawa “aku sentiasa menyayangimu”- Abang
subhanallah..
http://drmuna.wordpress.com/2011/12/23/hanya-satu-yang-tidak-berubah/
Suamiku
Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidahNamun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan citaKata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restuPesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu umpama rusuk
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteriSuamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya
Kerna itu biasa
Lumrah hidup kita semuaSuamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamuPergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balasTenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..UMMUSAIF.COM
9 Februari 2008http://drmuna.wordpress.com/2008/08/31/buat-suami-tersayang/
Allahuakbar!
sakeenah mawaddah wa rahmah dalam perkahwinan..
rahmatilah mereka Ya Allah..
Saturday, December 24, 2011
semoga Allah merahmati ustaz dan keluarganya..amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment