Sunday, January 30, 2011

realiti, motivator terbaik!

Sebening tetesan embun pagi... Secerah sinarnya mentari... Bilaku tatap wajahmu oh ibu... Ada kehangatan didalam hatiku... Air wudhu' selalu membasahimu... Ayat suci selalu dikumandangkan... Suaramu penuh keluh dan kesah... Berdoa untuk putra putrinya... Oh ibuku... Engkaulah wanita... Yang ku cinta selama hidupku... Maafkan anakmu bila ada salah... Pengorbananmu tanpa balas jasa... Ya Allah ampuni dosanya... Sayangilah dia seperti menyayangiku... Berilah dia kebahagiaan... Di dunia juga diakhirat...


hari ni aku mengetahui suatu yg baru,

wah..sungguh hebat ya rahsia nama ibuku..Hafsah

sama dengan seorng srikandi Islam..


Hafsah binti Umar Al-Khattab..


isteri kepada Rasulullah..seorang yg sgt solehah..huhu

ye la, isteri kepada suami terbaik di dunia tu..

ya Allah, segala puji bagiMu..


"Beliau ialah wanita ahli puasa dan solat. Selalu memandang dirinya tidak bererti dan selalu bermuhasabah diri. Hafsah binti Umar bin Al-Khattab, pewaris dan penjaga lembaran-lembaran Al-Quran."

-Abu Nuaim.


~puteri kepada Umar al-Khattab, sahabat Nabi, khalifah ke 2

~Zainab binti Maz'un, bondanya, saudara kpd sahabat nabi Uthman bin Maz'un

~Zaid bin Al-Khattab, bapa saudaranya, seorang syahid Perang Yamamah

~Fatimah Al-Khattab, mak saudaranya, antara sahabat pertama peluk Islam, isteri kepada Sa'id bin Zaid yg dijamin syurga

~Abdullah bin Umar, abangnya, yg dipuji Rasulullah s.a.w sbg seorang org soleh...


SubhanAllah!

SubhanAllah!

SubhanAllah!


bila Allah, menginginkan kebaikan pada seseorang, diberikannya hikmah..


ya Allah, realiti itu, ku pinjam, buat jadi bekalan semangatku dan ibuku :))


ya Allah, jadikan kami hambaMu yg mulia di sisiMu, ameen.


Friday, January 21, 2011

mencari dan terus mencari redhaNya




In every decision that I make, either right or wrong, that’s the moment I put my trust to Allah, coz nothing can happen without His will, that’s the way He shows me how the life should be and how much He loves me, Allah, He is the Most Gracious, The Most Merciful.


Say: "Nothing can happen to us except what Allah has ordained for us. He is Our Master. It is in Allah that the believers should put their trust."
(Surat at-Tawba: 51)

mengutip semangat seorang pejuang..

SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..



Allahu Akbar!
apabila Dia menyayangi seorang hamba,
akan diuji hambaNya itu dengan kesusahan mahupun kesenangan,
agar hambaNya itu, lebih kerap, lebih mudah mengadu, merintih padaNya..
menggantungkn segala pengharapan kepada Tuhan..Rabbal 'Alamin..
makin hambaNya mendekatiNya, makin dekat Tuhan padanya, makin sayang Tuhan padanya..

Allah..

betapa aku harapkan aku makin dekat padaMu..
menghampiri, mengadu, merayu, mengharap hanya padaMu..

Allah..
jadikan ku hambaMu yg Engkau redhai..
aku takut ya Allah, andai kesenangan dunia melupakan ku pada hakikat diriku sbg hambaMu..

Allah..

Allah..
Allah..
ampunkanlah hambaMu ini..
ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah..

ya Allah, rahmatilah ma dan abah ku, dunia akhirat, ameen.

Monday, January 17, 2011

zahirkan kesyukuranmu

bismillahirrahmanirrahim..

satu.
post pertama ku utk tahun 2011 ni.
dn aku ingin merakam kisah2 yg berlaku di dpn mataku.
kisah di klinik audio htaa.
agar aku tidak akn lupa.
agar kelak aku lbh bersyukur ats nikmat Allah berikn pdku.

kisah 1.
sepasang suami isteri dtg bersama anaknya seorg.
maka bersoal jwbla ibunya dgn kwn ku merangkap seorg tester.
sampai la kpd 1 soalan ditnya oleh kawanku itu.
kwn:ni anak ke berapa ye puan?
puan: ni anak yg ketiga.
kemudian ku menyampuk, "kakak ke abg atas dia?"
jwb si ayah, "yg atas dia dh meninggal, yg sulung, gugur, yg kedua, meninggal lepas lahir.."
huhu, terekdu aku di situ..
ketika sdg lakukn test, kelihatan si ayah teringin benar utk mengetahui apa yg dilakukn kami pd anaknya, oh, begitu besar harapannya utk melihat anak itu besar dgn sempurna.
azim..lahir x ckp bulan, sgt2 kecik ketika lahir, umur skrg msh 4 bln walau hakikatnya sdh 6 bln lahir ke dunia. moga besar nanti jd anak soleh ye, penyejuk hati abah n ma :)

kisah 2.
ibunya xbleh mendengar, hanya membaca pergerakan bibir utk memahami percakapan dan berkomunikasi dgn org lain. anaknya seorg, berumur 3 thn, namun sepatah pn perkataan masih belum terucap. oh Allah. namun anaknya tak sekali menyusahkn, tidak byk meragam, seolah2 memahami, apa yg kami lakukan adlh demi kebaikan dirinya.
aswad, moga adik dpt belajar satu per satu suara2 alam, kelak jadi manusia berguna..amin.

kisah 3.
datangnya bersama dgn seorang nenek, ditnya mana ibunya? sudah meninggal..innalillah.
umur 6thn, ally. anak kpd seorg pembawa HIV +ve. ya Allah, astaghfirullah.
mujur ally bknla pembawa virus itu. pernah dtg ke klinik sblm ini, bertemankan pakciknya. segan, malu2..adik, dunia ini ramai insan yg baik2 dik. jgn segan, jgn malu menumpang kasih..kerana Allah takdirkn hidup manusia ini slg memerlukan. kamu insan istimewa. kuatkan hatimu..moga Allah rahmati kamu dn tunjukkn kamu jalan utk capai redhaNya. amin.
ya Allah, kuatkan mereka dlm menempuh kehidupan ini. amin.

T.T
betapa beruntungnya diriku. berbagai2 kenikmatan yg telah Allah berikan pdku.
apakah aku tak bersyukur?
zahirkanlah rasa kesyukuran mu madihah!

"Maka, nikmat Tuhan mu yg manakah yg kamu dustakan?"