Monday, January 17, 2011

zahirkan kesyukuranmu

bismillahirrahmanirrahim..

satu.
post pertama ku utk tahun 2011 ni.
dn aku ingin merakam kisah2 yg berlaku di dpn mataku.
kisah di klinik audio htaa.
agar aku tidak akn lupa.
agar kelak aku lbh bersyukur ats nikmat Allah berikn pdku.

kisah 1.
sepasang suami isteri dtg bersama anaknya seorg.
maka bersoal jwbla ibunya dgn kwn ku merangkap seorg tester.
sampai la kpd 1 soalan ditnya oleh kawanku itu.
kwn:ni anak ke berapa ye puan?
puan: ni anak yg ketiga.
kemudian ku menyampuk, "kakak ke abg atas dia?"
jwb si ayah, "yg atas dia dh meninggal, yg sulung, gugur, yg kedua, meninggal lepas lahir.."
huhu, terekdu aku di situ..
ketika sdg lakukn test, kelihatan si ayah teringin benar utk mengetahui apa yg dilakukn kami pd anaknya, oh, begitu besar harapannya utk melihat anak itu besar dgn sempurna.
azim..lahir x ckp bulan, sgt2 kecik ketika lahir, umur skrg msh 4 bln walau hakikatnya sdh 6 bln lahir ke dunia. moga besar nanti jd anak soleh ye, penyejuk hati abah n ma :)

kisah 2.
ibunya xbleh mendengar, hanya membaca pergerakan bibir utk memahami percakapan dan berkomunikasi dgn org lain. anaknya seorg, berumur 3 thn, namun sepatah pn perkataan masih belum terucap. oh Allah. namun anaknya tak sekali menyusahkn, tidak byk meragam, seolah2 memahami, apa yg kami lakukan adlh demi kebaikan dirinya.
aswad, moga adik dpt belajar satu per satu suara2 alam, kelak jadi manusia berguna..amin.

kisah 3.
datangnya bersama dgn seorang nenek, ditnya mana ibunya? sudah meninggal..innalillah.
umur 6thn, ally. anak kpd seorg pembawa HIV +ve. ya Allah, astaghfirullah.
mujur ally bknla pembawa virus itu. pernah dtg ke klinik sblm ini, bertemankan pakciknya. segan, malu2..adik, dunia ini ramai insan yg baik2 dik. jgn segan, jgn malu menumpang kasih..kerana Allah takdirkn hidup manusia ini slg memerlukan. kamu insan istimewa. kuatkan hatimu..moga Allah rahmati kamu dn tunjukkn kamu jalan utk capai redhaNya. amin.
ya Allah, kuatkan mereka dlm menempuh kehidupan ini. amin.

T.T
betapa beruntungnya diriku. berbagai2 kenikmatan yg telah Allah berikan pdku.
apakah aku tak bersyukur?
zahirkanlah rasa kesyukuran mu madihah!

"Maka, nikmat Tuhan mu yg manakah yg kamu dustakan?"

No comments:

Post a Comment