Monday, May 27, 2013

24 Mei 2013.


"Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia. Laksana setitis embun yg turun dr langit, bersih dn suci. cuma tanahnyalah yg berlain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, dan langkah serong.
Tetapi, jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, dan budi pekerti yg tinggi."
HAMKA

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Entah di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula..

Allah..
Syukurku padaMu, tak mampu ku ukirkan, penaku tak sebanding betapa kesyukuran ini pd Mu..
Hanyalah tahmid dan tasbih mengisi segenap ruang hatiku..
Segala puji bagiMu, Allah..

Ku sudah selamat diijabkabulkan malam 24 Mei 2013 dgn pilihan hatiku, suami ku..
Bergelar isteri kpdnya adalah kurniaan Allah yg terhebat dn terindah buatku.

Tak sangka jodohku dgnnya...

Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan dalam baitul muslim kami ini..
Ya Allah, jadikanlah baitul muslim ini medan bertambah2nya amal soleh kami, memudahkan kami utk lebih taat dan dekat pdMu..
Ameen..

Friday, May 17, 2013

Bicara umur 26tahun..

Tinggal beberapa hr je lg ke majlis akad kami (insyaAllah). Bila dh dekat2 dgn tarikh ni mmg byk perkara yg tiba2 teringat..hehe (Baca: nengung) Tambah2 lg bila semalam cg sek rendah dlu mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru.

Oh, sudah besar rupenya, terlalu jauh meninggalkan zaman silam, daripada kanak2 kecil yg hanya reti berlari2, berlawan kata sana sini, masuk alam remaja mula mengenal erti kasih syg, dapat melangkah ke gerbang ilmu dan budi bertatih mengaut pengalaman hinggalah alam kerjaya mengemudi diri....

Allah, sepertinya diri ini tidak punya apa2 melainkan dengan rahmatnya yg Dia sampaikan melalui ma dan abah, keluargaku, sahabat2ku, guru2ku, adik2 ku, teman2 sekerjaku, dan sesiapa jua insan2 yg telah memberikan erti hidup pdku..

Ku ucapkan seinfiniti terima kasih buat semua..terima kasih yg x terhingga.. Mohon maaf atas hak2 x tertunai, salah dan silap..
Allah jua lah sebaik2 pemberi balasan.. Terasa diri tidak akan menjadi seperti hr ini tanpa doa2 dan kebaikan2 yg kalian telah taburkan.. Jazakumullahu khairan kathira..

Pertambahan umur itu tanda makin mendekatnya ajal.. Allah..moga kita semua sama2 terpilih mendapat husnul khatimah (pengakhiran hidup yg baik).. Ameen. 26 tahun ini mengemudi diri, ape yg telah ku berikan utk agamaku? T.T

http://drmaza.com/home/?p=910

P/s: jemput ye dtg kenduri..25hb ni, insyaAllah..