Tuesday, December 28, 2010

demi mereka.

bismillah..
dengan nama Allah yg Maha Pemurah, Maha Penyayang..
astaghfirullah..
ku mohon ampunan Mu ya Allah, ampunkanlah dosa2ku..

ku mesti bersemangat!
bersemangat utk teruskn perjalanan ini..
mesti kena terus berjuang, melangkah dengan penuh harapan...
ya Allah permudahkanlah..

demi insan2 disekelilingku, demi insan2 yg ku sayangi..
ma, abah
adik2 ku, kakwa, abg bi, along
keluarga ku,
mentorku, lecturer2 ku,
sahabat2ku..
patient2ku..
dan saudara2 seislamku..

ku mesti terus bersemangat!
demi mereka.

ya Allah, ku pohon taufik dn hidayahMu,
tunjukkan ku jalan yg Kau redhai, ameen.

"Kelebihan ahli ilmu berbanding ahli ibadah umpama kelebihan bulan purnama berbanding sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yg mengambil ilmu, maka dia telah mengambil habuannya yg amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang alim adalah satu musibah yg sukar digantikan dan satu kepincangan yg susah ditutupi, umpama bintang yg hilang sirna di antara bintang-bintang. Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yg alim."
(Imam Baihaqi)


jiwa harus tabah, hati harus kuat

tetiba terdengar suara baby menangis, kuat, gayanya spt lapar, menagih perhatian.
huhu.
semalam bermimpi ma, abah dtg mengambilku di suatu tempat, bawa ku pulang ke umah.
huhu.
bangun pg ni, teringat sggh ketika waktu cuti hr tu. sggh2 ku spend masaku dgn adik2ku.
huhu.

mengingatkan diri, ku ingin balik umah! huhu.
alahai..kenapa rasa sedih ni? rasa nk balik umah sgt2.
bila gini, rasa cam balik zaman kanak2 je, nak nangis bila xbleh blk umah. huhu
bila mau besar cam ni?

Acquire knowledge!
it enables its professor to distinguish right from wrong;
it lights the way to heaven.
It is our friend in the desert,
our company in solitude and companion when friendless.
It guides us to happiness,
it sustains us in misery,
it is an ornament amongst friends and
it is an armour against enemies.


madihah,
murnikan niatmu,
letakkan harapanmu,
tekuni ilmu Tuhan mu!

Friday, December 24, 2010

catatan perindu

ya Allah,
rindu amat pada insan yg bergelar sahabat itu,
setiap kali memandang ke arah bilik itu, hati menangis.
merindui kenangan bersama. pantas sggh masa berlalu. hampir 6 thn hidup bersama.
sukar utk ketemu lg insan spt nya.

ah, rindu ini dtg, memanggil2 insan itu pulang. seakan ku ingin menggapai awan.

oh angin, bawakan rindu ini bersamanya, jadi kekuatan bgnya, juga bg ku..ya Allah.

hakikatnya, ku sedar, bahawa stp apa yg dimiliki insan, sifatnya sementara, tidak ada yg kekal, kerana yg kekal itu milikNya, Rabbul 'Izzati..

kehidupan ini merupakan pinjaman Tuhan, sampai waktunya, akan dikembalikan kepada Tuan, Tuhanku..hidup yg kekal abadi di akhirat nanti, itu pasti, dn org yg plg beruntung adalah orang yg plg sabar dlm melalui kehidupan di dunia sekadar pinjaman.

Ati, rindu yg amat pd ati, bila lg kita boleh sharing together? T.T always hear u said that "sharing is caring, caring is loving" semoga Allah rahmati mu selalu sahabatku.

Tuesday, December 21, 2010

langkah demi langkah. takkan berhenti

melewati masa2 akhir sbg undergrad student?
what do u expect madihah? huhu
berat. harapan drpd insan2 tersyg, huhu, ya Allah.
ada pressure di situ.
tabah dan kuatkanlah semangat mu..

Sunday, December 19, 2010

mengurangkan rasa

bismillahirrahmanirrahim..

ya Allah, kadang2 bila ketakutan menguasai diri,
diri xdpt berfikir dgn rasionalnya,
hingga menyebabkan ada hati2 yg terluka, huhu
ya Allah, lindungilah kami dari perkara yg tidak kami ketahui..

sudah hampir 2 thn, tp rasa takut tu x pernah hilang..
malah, kdg2 menjadi trauma..
ya Allah, kurniakan kekuatan bg ku,
permudahkanlah kami ya Allah..

Friday, December 17, 2010

usrah muslimah :)

PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

MUQADDIMAH

Ummah kini dinodai tanpa belas simpati. Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman yang tidak terperi, sedang ummah ini merupakan ummah terbaik yang dirancang oleh Allah swt. untuk membina ketuanan Al Ma'ruf dan memusnah kemaharajalelaan Al Mungkar.

Firman Allah yg bermaksud : " Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu menegakkan yang Ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah swt ." (Al Imran: 10)

Barat dan orientasi Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga (Usrah) Ummat Islam sebagai tujusasar mereka untuk menghancurkan Islam dan gerakannya.

PROSES PELUPUSAN USRAH MUSLIMAH

1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah Free Sex. Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar Ummat Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip - prinsip Islami . Kesan sampingan yang paling minima, bakal diterima oleh Ummat Islam ialah mengenepikan aspek ugama dalam memilih pasangan hidup mereka, sedang ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancurkan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).

2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas. Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.

3. Pendidikan sekular (penjarakkan ugama dari kehidupan) di 'highlight' kepada masyarakat Umat Islam bermula dari peringkat Tadika (Hadhanah) hinggalah ke tangga Universiti. Fenomena ini mencambahkan benih Jahiliyyah Sekular dari dalam rumahtangga Ummat Islam itu sendiri.

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup kepada masyarakat Ummat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi manusia, seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan. Begitu jua seorang anak, bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa.

5. Pembinaan Syakhsiyyah dan Ummah Islamiyyah dianggap hak peribadi dan di luar tanggungjawab Usrah Muslimah, sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang sempit setelah mereka mendirikan rumahtangga.

Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan ummat Islam. Persoalannya sekarang, apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita ?! Hanya mereka yang tidak memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya.

STRUKTUR PEMBINAAN USRAH MUSLIMAH

Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh. Percubaan membina Usrah Muslimah di Tanah Lumpur atau di Tebing Runtuh hanya satu percubaan yang sia-sia malah membahayakan diri. Islam telah melakarkan " Pelan Tapak Kukuh " untuk tujuan pembinaan tersebut .

TAPAK USRAH MUSLIMAH

"Dari Jabir bahwa Nabi saw. Telah bersabda: Sesungguhnya perempuan itu dikahwini berdasarkan ugamanya, hartanya dan kecantikkannya, maka selayaknya engkau memilih ugama yang pasti membahagiakan mu."

Hal ini turut ditegaskan oleh Al Imam Ghazali Rhm. Dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin :"Proses pengislahan ehwal kehidupan (berumahtangga) tidak dapat tidak dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih, iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara:

1. Berugama (Keperibadian dan spiritual)

2. Berakhlak mulia (Solehah)

3. Murah Mas Kahwinnya

4. Tidak mandul

5. Anak dara

6. Berbangsa (keturunan yang baik)

7. Cantik

8. Tidak daripada kaum kerabat yang dekat

Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan untuk memilih calon suami yang soleh. Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang sama oleh Allah swt. untuk menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud; "Lelaki dan Perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul, mereka ini akan dirahmati Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana." (At Taubah: 71)

Sabda Rasulullah saw: "Apabila seorang lelaki yang engkau redhoi ugama dan akhlaknya masuk meminang, maka terimalah (Kahwinilah!) jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi " (Riwayat Tarmizi)

HAIKAL USRAH MUSLIMAH

Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti. Usrah Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati 'Pelan Induk' yang telah diutuskan oleh Allah swt. kepada nabinya Muhammad saw.

Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib dilaksanakan:-

Qanun 1: Kebersihan dan Kesucian

Qanun 2: Sistematika , Penyusunan & Kekemasan

Qanun 3: Ketenteraman dan Kerahsiaan

Qanun 4: Sistematika Ilmu dan Ibadah

Qanun 5: Belanjawan

Qanun 6: Komunikasi dan Interaksi

Qanun 7: Kesihatan dan Pergerakan Jasmani

Qanun 8: Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar

Qanun 9: Kejiranan dan Tetamu

Qanun 10: Keluar Masuk


TIP USRAH MUSLIMAH CEMERLANG

Firman Allah swt: "Dan diantara tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan untukmu isteri - isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan diantara kamu rasa kasih sayang ...." ( Ar - Ruum 21 )

Objektifnya:

1. Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah.

2. Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiyyah.

3. Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti Tazkirah, Qiam, Jaulah, Ziarah , Infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga, penyusunan perabot, pelan pembinaan rumah, halaman yang segar dan sebagainya.

4. Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui pembacaan, perbincangan dan pengamatan.

5. Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah.

6. Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum.

7. Menunaikan hak-hak suami isteri seperti kepuasan seks, kerahsiaan dan seumpamanya.

8. Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap berlapang dada dalam sesuatu perkara.

9. Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif menambah sumber kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah.

10. Melibatkan diri dalam mana-mana organisasi atau Jamaah Islam dan mengikuti perkembangannya seperti keterlibatan dalam program sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi.


PENUTUP

Usrah Muslimah adalah Madrasah yang bertanggungjawab penuh melahirkan individu Muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai Hamba Allah. Lantaran itu, kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu Muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani. Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah dhohir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut.

Yang bertanggungjawab menyediakan:

Hj. Nasrudin At - Tantawi

Syukriah binti Zakaria

click: artikel asal, 25 Februari 2009

apabila sendiri

"The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."
Nicholas Spark, The Notebook.

"Anakku, apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju ke sana."
Imam Ghazali


sbnrnye nk bt chap 1, tp tersangkut dkt fb..huhu

ku takkan berputus asa dari rahmatMu, ya Allah

Thursday, December 16, 2010

tulus kata penguat jiwa

huhu, ujian kesenangan itu lebih sukar..
Allah, Tuhanku, astaghfirullah..

"Bagi yg punyai hati yg bahagia dan gembira, sambutlah ia dgn kesyukuran kpd Yang Maha Esa, jgn pula sampai terleka dan alpa dgn kurniaanNya...

Bagi yg punyai jiwa yg derita atas ujian yg menduga, terimalah ia dgn kesabaran dan keredhaan kpd Yang Maha Esa, jgn sampai pula berputus asa dgn rahmatNya..

Cari dan ambillah hikmah disebalik musibah, jangan kerana musibah menjadikan diri kita lemah...Gali dan ambillah manfaat disebalik bahagia, jangan kerana bahagia menjadikan hati kita alpa...

Bahagia dan derita pasti silih berganti..Jgn menganggap diri akan bahagia selama2nya didunia, kerna tanggapan itu akan musnah dan jiwa pasti lemah bila hadirnya derita..Dan jgn pula menganggap selama2nya akan derita, kerna itu akan membuat kita tidak yakin bergantung harap pd Yang Maha Esa dan berputus asa dgn rahmatNya..

Sedarilah, hidup ini ada kitarannya umpama kitaran siang dan malam..
"

credits tuk seorang sahabat.

ku perlu terus kuatkan hati..
tekun, tekun, tekun menuntut ilmu!

Tuesday, December 14, 2010

tiada kata lebih indah melainkan saatku mengadu padaMu

bismillahirrahmanirrahim,

ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini..
ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba2Mu disekelilingku, sahabat2 ku ya Allah.

hari ni,
diriku suke dgn permulaan hari ini,
saat mengadu pdMu Tuhanku, terlalu manis dikenang..
mohon Engkau rahmati kami ya Allah

setelah berlalu alunan al Quran,
ku relakn diri masuk ke alam mimpi,
sedar2, oh 8pg!

ape plan ku hr ni?
1. nk bg buah tgn kt sv ku
2. nk renew buku lib (alahai, udah berlalu 6 hr, 1.20sen 1 ye! huhu)
3. basuh baju
4. bt report and chap 1
5. reply email

hujan pg, anugerah kesejukan, keheningan dn kedamaian..
ok, start bt skt2 chap 1.. adoi, dok leh nk fokus lak
sambung report la plak.. heh, dok paham, mende la aku tulis ni, adeh

hai, kejapnye masa, kul 10.30 dh?
gosok baju la, g jumpa sr.nurlin la gini.
nekad! dlm hati, Tuhan, segannyeee...

dekat KOM. mundar mandir sorg diri dkt level 5, rsa2 sr.nurlin ade je. ok2 sat2, pe aku nk tnya sr ni..hehe, ingat mulla2..oh, ye2! tgk2, sr tgh on call. ok, jap2 tunggu sebentar ye diri.

ok, dh selesai.
assalamualaikum sr., nk tnya sr pasal research. skt je? bla bla bla (ringkasnye, age detection ke, age diagnosis?hmm.)
tp, sian sgt kt sr., mesti tergendala byk keje sr. sbbkn nk cari jwpnku itu..huhu
akhirnya, temukan juga. alhamdulillah.
dn, ku akhiri pertemuanku, "sr., mak sy ada kirim skt ni.."
"wah, ape ni, tau2 je sy mengidam! time kasih, kim slm kt mak awk ye..:)"
begitulah, dn kedengaran sv ku btau kt suaminya di situ, "madihah, her mother kirim buah"
dgn nada gembira..

moral: aku sgt2 bahagia! 1st time bg kt lecturer sdr begitu, cukup aku dgr perkataan2 itu sdr dr beliau, buat aku sgt bahagia. aku rasa lgkap!

ya Allah, begitu byk rahmat yg telah Engkau berikan pd hambaMu ini. adakah aku termasuk dlm hambaMu yg bersyukur..ya Allah T.T inginku mengadu lg pdMu..ya Allah..tolonglah hambaMu ini, kuatkn semangatku
ya Allah..ya Sami' ya Basir, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa2 hambaMu ini..ameen.

Monday, December 13, 2010

ku perlu teruskan!

bismillah..

ya Allah akhirnya sampai juga ku ke medan ini.
medah terakhir sebelum menjejakkn kaki ku ke dunia luar kampus.
masih digelar sbg undergrad student, masih dipimpin dn memimpin.
Allah, pohon hidayahMu..

melakukan pecutan terakhir ku di sini.
hanya dlm tempoh 5 bulan dari skrg.
ya Allah permudahkan kami.

Allah Engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah





Ya Allah, padaMu selamanya ku berharap..
Subhanallah, walhamdulillah, wallahuakbar!


Saturday, December 4, 2010

...

alhamdulillah...
ya Allah, segala puji buatMu,
alhamdulillah..
ya Allah, terima kasih..
alhamdulillah..
hasratku termakbul..
ya Allah, syukurku padaMu..
moga benarlah dia untukku, ameen..
ya Allah..T.T

Friday, December 3, 2010

hidup ini singkat, berusahalah!


Siapa yang tak pernah menangis

Dihujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri


Wednesday, December 1, 2010

gunakan nikmat sebaiknya!

hidup ini terlalu singkat untuk bersedih dgn keadaan diri.
apa yg penting, bersyukur dgn setiap nikmat yg Allah kurniakan.
dgn menyebut2 nikmat Allah itu pun salah satu cara kita bersyukur.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman: 13)


Saturday, November 27, 2010

ya Rasul salam 'alaika

Astaghfirullahal'azim..

ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku..

Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian hingga menjadikanku lebih ia cintai dari orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.” [HR. Al Bukhori dalam kitab Al Iman, Bab Hubbur Rasul minal Imaan, no. 14 ]

ingin ku bawakan satu artikel di sini. buat peringatan untuk diriku dn kamu :)

Hakikat Mencintai Rasulullah s.a.w.


"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" (Ali Imran:31)


terima kasih Ust Hasrizal..
inginku miliki Murabbi Cinta..!

ya Allah, layarkan ku kepada cintaMu..
astaghfirullahal'azim..ameen ya Rabbal 'alamin.

dan Dia lebih mengetahui..

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

cnp Dr. Fadzilah Kamsah, iluvislam.com 6 Nov 2010.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala diinik, ameen..ya Allah.

Tuesday, November 23, 2010



teruja menonton sinetron KCB..:))

Monday, November 22, 2010

...

Ya Allah, sukar benar utkku menghadapi saat2 ini.
ya Allah, adakah aku dijalan yg benar?
ya Allah, Engkau berikanlah ketetapan yg terbaik utkku. ameen.

Saturday, November 13, 2010

ingin sekali

dalam pikiranku tika ini.

aku ingin cepat2 abis blaja, nk balik trg, nk keje kt ganu, nk duk umah dgn mak dn abahku dn adik2ku sentiasa, setiap masa.

oh, bimbang sgt aku dgn keadaan di umah. keluargaku tidak berapa stabil. kondisi abah dn ma yg semakin krg sihat. along yg sentiasa tak sehat. adikku hafizuddin yg nk periksa spm, adikku rusydi yg kna extend blaja, n fakhrul aiman yg tatau lg nk smbg blaja mane. ya Allah.

ya Allah. aku ingin segera balik umah, ku ingin segera dpt bantu ma dn abah setiap masa. dgn segala kekuatan dn kelemahan diriku, aku ingin bersama dgn mereka.

ya Allah, biar susah dn senang mereka bersamaku. ya Allah.

takpe madihah, sikit je lg ni..jgn ikut perasaan, ikut rasa hati binasa.
ya Allah, kuatknlah hambaMu ini. ameen.
andai ku dapat bersama mereka sentiasa..huhu

berharap dan berharap sentiasa

tertanya2 dan ternanti2, ah, penantian itu sukar.

ya Allah, permudahkanlah ya Allah.
moga diriku dn shbt2ku berusaha bersungguh2, tidak mensia-siakan peluang yg ada.
ya Allah, kurniakan kami rezeki yg Engkau berkati.

bertabahlah madihah!

Wednesday, November 10, 2010

teman

Ya Allah, hidup ini ada turun naiknya..

bak kata k.umi, “hidup ni bagaikan putaran roda, sekejap kita di atas, kejap kita di bawah, yg di atas tak selamanya ada dia atas, dn yg di bawah tak semestinya tetap di bawah.”

Kata-kata semangat dr sorg kakak yg ku sgt sayangi dn hormati.

Mengingat kembali hakikat diri, hampir menemukan hentian di semester pertama tahun akhir.

Terkadang, diriku kaget. Teringat akan betapa byk nya ilmu yg belum ku terokai, utk jadikan bekalan hidupku sebelum menempa kehidupan yg sebenar.

Ya Allah, permudahkanlah, dan tambahkan lah ilmu hambaMu ini ya Allah.

Dulu hakikatnya, kita sehati, mampu utk capai kata sepakat, tapi sekarang, kita tak serapat dulu. Bila ku buka gambar dulu, ku sedari hakikat itu. Hakikat yg sebenarnya kita dekat. Ku sgt sayangi teman-temanku itu. Dan dalam sujud ku sentiasa iringi doaku bagi mereka. Harus bagaimana aku lakukan utk kembalikan ukhwah kami.

Gambar ketika 1st sem 3rd year, syawal 1430H

Ya Allah, bantulah kami. Satukan lah hati-hati kami.ameen

Thursday, November 4, 2010

selajur kata buat pedoman

Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

"Para pencinta Illahi itu pemalu, malu menzalimi diri yang hanya pinjaman dari Nya. Para pencinta jihad fisabilillah itu penakut, penakut pada mati tanpa berjuang menegakkan agama Allah. Para pejuang syahid itu pengecut, pengecut kepada mati tanpa mengingati Allah."

"Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat & tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Di kala yang lain pula ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat,tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai (kepada kebaikan). Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah & menyesal lebih baik dari perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takbur & angkuh. (Ibnu Athaillah)..

cnp from Nafas Cinta Insyirah (Mia Effa)


hidupnya insan di dunia ini, hakikatnya sementara. menanti, adalah perjalanan hidup yg lebih panjang dn kekal abadi. masih diberikan peluang oleh Allah, untuk terus berbuat bakti, lalu, mengapa perlu dipersia-siakan?


ya Allah, ya Sami'..
mohon dipermudahkan kami menjadi hamba-hamba Mu yg soleh dan solehah, ameen.

Wednesday, November 3, 2010

not to forget


"Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire.
(Ali Imran: 191)

"People aim to encourage others to aim high. And to a certain extent, that's fine. But, recent advertising studies confirm that people prefer images of themselves that reflect reality. We've become wary of a fantasy life and are shrewd enough to know that in reality the fantasy is often liposuctioned, implanted, lifted, tightened and botoxed. the bottomline? the people important to you - the ones who are in life - already like the way you look."

(Myrna, 2004)


these words just remind me - not to take for granted.
as everything happen for a reason
and nothing happen to be called 'saje-saje.'

ya Allah, U are the Almighty, the Knoweth of everything.

Friday, October 29, 2010

penuh harap padaMu, Rabbi


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al Baqarah: 286)


Oh Tuhanku,
Tiada indah di malam yg hening,
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
Kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut namaMu
TIada indah tiba di akhirat yg abadi
Kecuali dengan keampunanMu

Ya Allah Tuhanku
Yang mengubah kalbuku
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agamaMu
Jua tat akan perintahMu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yg berat
seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yg terdahulu dari Kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

tika dinihari - devotees



sesudah kesusahan, pasti datangnya kesenangan.
terus berharap dn bersemangat, madihah!
27 oktober 2010

buat bakal IMAM ku..

Buat bakal "IMAM" ku..

Yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptaMU..
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..

Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu,

Menggeletar diri ini apabila
terfikirkan azab Allah,

Justeru diri ini amat bersyukur kerana masih
tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang
andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita
menempah siksaan Allah.

Ya Tuhan kami lindungi kami…

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah
lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.

Apalah ertinya
perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala…

Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan
Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar
syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar
padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan
menyambung perjuangan abi mereka.

Berikanku sepenuhnya
sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu
itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad..

Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri
ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku,

hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku.

Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu
bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang
diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku,
seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang
kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan
melahirkan para mujahid…

Wahai suamiku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia
ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung
cinta dari DIA Maha Esa…

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redhaNya…biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…

....siiru 'ala barakatillah....

Copy n paste from other's blog..

Hopefully, ya Allah..T.T

"Dan orang-orang yg berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yg bertakwa."

(Al Furqan, 74)

Amin, ya Rabbal 'alamin..