Sunday, April 24, 2011

embun terpuji :)

http://madudankurma.blogspot.com/2010/10/khasiat-air-embun.html

Menurut perubatan tradisi orang-orang Melayu, air "Embun" merupakan air yang berkat lagi mujarab. Ia diturunkan dari langit secara lembut dan pelahan-lahan. Orang Melayu pernah menamakan "Embun Jantan" kepada embun yang turun di tengah-tengah malam dimana butiran agak kasar.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran surah Qaaf ayat ke-9:

"Dan Kami menurunkan dari langit akan air yang berkat." (Qaaf:9)

Embun-embun ini dikala paginya, kita dapat saksikan masih berada di daun-daun pokok dan dihujung-hujung rumput dan semasa matahari sedang memancarkan cahayanya, kelihatan cahayanya bersinar-sinar seperti permata berlian, malah dujumpai pula "Geliga Embun" yang juga mempunyai khasiat. Ini adalah kurniaan Allah S.W.T kepada kita, makhluknya yang termulia.

Menurut ilham yang diperolehi orang-orang tua yang soleh, air embun merupakan sejenis penawa dan mempunyai daya (energi). Petua orang tua dulu-dulu akan keluar ke perkarangan rumah atau ditepi-tepi jalan dan menyapukan muka, lengan, siku dan betis mereka supaya segar dan kuat bertenaga. Didalam hukum Fiqh Islam, air embun adalah antara jenis-jenis air yang boleh dan harus digunakan untuk berwuduk. 

Mungkin ramai yang tidak mengenai pokok bemban. Untuk pengetahuan anda, pokok bemban merupakan pokok yang mempunyai daun tunggal dan berbatang bulat halus. Dalam pucuk pokok ini didapati kaya dengan air embun pagi yang jernih dan jernih. Air ini kerap digunakan oleh nenek-nenek kita sebagai air pencuci mata dan penenang jiwa. Bacalah Bismillah dan berselawat kepada Junjungan Kekasih Kita Nabi Muhammad S.A.W dengan ikhlas.

subhanallah!

Friday, April 15, 2011

nikmat itu tiada di pandangan mata

“Pada hari Kiamat nanti akan dihadirkan orang yang paling berbahagia di dunia yang akhirnya masuk Neraka,

lalu dimasukkan sebentar ke dalam Neraka tersebut, kemudian ia ditanya,

“Wahai manusia, apakah engkau pernah merasakan kebaikan? Apakah ada kebaikan yang pernah engkau alami?”

Orang itu menjawab, “Sama sekali tidak wahai Rabbku.”


Lalu dihadirkan pula orang yang paling sengsara di dunia ini, namun kemudian masuk ke dalam Syurga,

dimasukkan ke dalam Surga sebentar, lalu ditanya,

“Wahai manusia, apakah engkau pernah merasakan kesengsaraan? Apakah ada kesengsaraan yang pernah kau alami?” Orang itu menjawab, “Tidak ada.”


(HR. Muslim, Ahmad)

Wednesday, April 13, 2011

kiri, kanan, depan, belakang..lihatlah dengan mata hatimu..

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!

saifulislam.com

La tahzan, innallaha ma'ana!

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu..



Tuesday, April 12, 2011

kebenaran dan kemanusiaan

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

http://saifulislam.com/9430

Sunday, April 10, 2011

selawat atas baginda

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW. mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah SAW. menyuapkan makanan kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW. melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW. yakni Abu Bakar RA. berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah RA. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah Itu?" tanya Abu Bakar RA..

"Setiap pagi Rasulullah SAW. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah RA..

Keesokan harinya Abu Bakar RA. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA. menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA., dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA. saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi Muslim.

Ya Rasulullah saw., rindu pada mu, andai baginda ada bersama ketika ini T.T

Saturday, April 9, 2011

by the first step..

akhir2 ni, makin kurang dpt lenakan mata ni di awal waktu. mgkn kerana mengenangkn masa2 akhir sbg sorg pelajar undergrad. Ya Allah, murahkanlah rezki ku. murahkan lah rezki sahabat2 ku.

byk perkara yg dtg menerpa ruang fikiran. harus ke manakah kaki ini terus melangkah. ya Allah. usai interview pertama ku dlm usaha membina kerjaya.

Alhamdulillah, fair. didnt prepare a lot, im not really interested act, only bcoz the company has the branch at ganu, i step forward. but, after hving good time with them, alhamdulillah, feeling warmly apprecited n feeling like wanna be a part of them. oh Allah, guide me.

n rite now, really want to describe much about how i see the world in a day journey. heh. as i dont hv much time to grab this chance again.

grateful.

totally feeling grateful with all i hv. myself as a malaysian, student, daughter to ma n abah, n a friend to good friends, etc.. so many things i must thank to Allah. yes, definitely, Allah has grant me a good life. from then till now, always hv lunch, dinner..food, without a need to struggle. Allah always ease my way, i hv 'tool' to make me move. i own good physical and mental health, enable me to live good to this far.

realize now!

compare to a non-malaysian man who dont hv money to buy bus ticket to go to kl, n he quietly sit in a seat, until the real owner of the seat show up, and asked for his right. owh, if i at his place, how embraced i am?

compare to a family who has a house, in front part, rented for a kingdergarten, side part, a footstep far from the next house, a house with not appropriate 'aliran sisa kumbahan', need to be grateful enough for me to have such a big house. oh Allah.

compare to a pakcik bas who strive for his earn to keep the family's life up, who need to travel over distance just to send us to the destination, need to left his wife, children, in every travel, sometimes didnt deserve the respect from the other. oh Allah, bless him.

compare to other mother, with 2 children, who got their rest in the musolla at the terminal, with the little kids that is laughing and smiling without knowing the meaning of life, and a sister with the observing eyes, im not the selected person to be one of them. oh Allah, so so much i must be grateful enough.

2nd. sincere.

yes, sincere! an easy word, yet really hard for me. Allah teach me how the ikhlas really meant. He tests me, how much could i be patient with this thing that i really hope for.

deep..really deep. i put at a safe place. my hope. n i believe his hope too. tawakkal tu 'alallah. my life for Allah, n my greatest love is for Him and His lover, Muhammad saw. still it remains hope till now, pray, pray and pray the best for us.

along my way, i bring the spirit together, sometimes i can see the future, sometimes i cant. but, only my believe to Allah keep me up to this far. neither anything or nothing is done without His will, n my promise, i kept as a sign of my believe! n i still wait, for the promise to be strength enough. oh Allah, may U grant us patience and steps to make it! doa. i put it all out. every single thing i ask to Allah n i hope for him so.

(ok, dah. lega skt rase. setelah bsusah payah coretkn kata2 dlm manglish ni.)

Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui. hanya diriku hambaMu yg sentiasa perlu kepadaMu.Allah, cintaMu terlalu agung, ku mohon cintaMu dn cinta RasulMu. jadikanku pemburu cinta agung itu ya Allah, hingga ke akhirnya..Allah.

Allah dn Rasulnya lebih dicintai drpd selain drpd keduanya;
Mencintai seseorang dn dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah;
Benci utk kembali kpd kekufuran selepas Allah menyelamatkan drpdnya spt bencinya dicampakkan ke dlm api neraka.

manisnya iman..Allah, ku ingin merasainya. sentiasa!