Monday, May 16, 2011

bingkisan hidupku

Bismillah.

"Ya Allah, hidupkanlah aku, selama hidup itu baik untuk aku, dan matikanlah aku selama-mana mati itu baik untuk aku." (al-Bukhari)

terpesona hatiku dengan sepotong doa ini. Ya Rabbi, setiap inci kehidupan ini, ada panduan Mu..
di saat hati lagha dgn mainan perasaan..Allah, Engkau maha mengetahui.

sudah mencecah 24 thn umurku..

لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا

Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, (QS, 56:25).


Subhanallah. Allahuakbar. Jauhnye hambaMu ini dari perbuatan ahli syurga Mu.

Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini. ampunkanlah dosa-dosaku Ya Rabbi.

aku hidup atas muka bumi Mu ini, kerana kasih sayang Mu Ya Rabbi.. dan juga kerana kasih sayang hamba-hambaMu yg mendoakn kesejahteraan siang dn malamku.

ma dan abah. terlalu byk pengorbanan yg mereka lakukan demi hidupku.
mendidik dn membesarkan ku dalam kepelbagaian ragam kehidupan.
terima kasih ma dan abah.
semoga Allah memberikan taufik dan hidayah pada kedua2 ibu bapaku, dan memberikan mereka kesejahteraan hidup dunia akhirat.
abah, semangat abah, sgt mengagumkn..harText Colori2 abah, selalu bermula dgn semangat yg tak pernah luntur. Allah, Engkau sayangilah abahku T.T
ma, tenaga dalaman ma tiada tandingan..ma seorang berjiwa besar..sebesar cita-cita ma dlm menghidupkan anak bangsa. Allah, jadikanlah ibuku seorang pendidik yg mulia disisi Mu.

guru-guruku. setelah 17 tahun berlalu. usai sudah pengajianku di menara gading. impianku terlaksana. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. sejak kecil aku menerima didikan hebat di sekolah. bermula di sksnct ku belajar erti kehidupan.
kata guruku "All the best in your future undertakings" dn "Jangan tinggal solat.." masih kekal di ingatanku sir onn dn cg. azhar. ku ingin mencari mereka. menemukan kembali titik permulaan makna kehidupan itu. Ya Allah, mudahkanlah.
meneruskan perjuangan di medan shams, sgt bertuah utkku berada di sane, walaupun sbnrnya hati ini mula tidak suka, tapi sekian lama, makin cinta.

kakakku. insan yg ku sayangi dunia akhirat. terlalu kasih padanya. dialah satu2 insan yg sgt2 mengenaliku. insan yg plg mendamaikan hati ketika bersama. tempat meluahkn rasa dan cinta. kakwa..semoga kebahgiaan milik kakwa, dunia akhirat..insyaAllah.

juga adik beradikku yg ku sayangi. terima kasih atas cinta kalian..semoga kita menjadi hamba2 yg diberkati Nya.

"dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan" (Al An'am: 60)

Bold
di usia 24 tahun kehidupan,
aku masih bernafas di muka bumi ini kerana Engkau Ya Rabbi.

Astaghfirullahal'azim.

No comments:

Post a Comment