Monday, June 11, 2012

syukurku atas kasih sayang Mu

..Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat...

..Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”...

..Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!...

..Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita...

http://genta-rasa.com/2012/05/28/jentikan-kasih/

Segala puji bagi Allah, mengurniakan ku seorang ibu dan ayah yg sempurna..
Semoga Allah merahmati ma dan abah selalu..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment