Tuesday, January 15, 2013

Sebuah masjid yg bakal dibina..

"Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.."

Puisi Aminah Qutb, buat bakal suaminya, Kamaluddin As-Sananiri..

“Begitu lamanya waktu berlalu, aku kasihan kepadamu atas derita ini. Sebagaimana yang aku katakan kepadamu pada awal jalinan kita, kemungkinan besok aku segera keluar, kemungkinan dua puluh tahun lagi, bahkan mungkin ajal menjemputku di penjara ini. Maka bagimu kebebasan penuh untuk mengambil keputusan yang baik bagi masa depanmu. Aku tidak ingin menjadi penghalang bagi kebahagiaanmu. Mereka berjanji hendak memberi kebebasan kepada kami bila kami mendukung kekuasaan para Tiran dengan cara memberi informasi, sungguh mereka tidak akan dapatkan hal itu dariku atas izin Allah, walaupun mereka mencabik-cabik tubuhku. Maka dari itu, sekarang kamu bisa memilih, tulislah apa yang mantap menurut pendapatmu. Allah akan merestui apa yang baik menurutmu.”

“Saya memilih harapan yang saya tunggu-tunggu; jalan jihad dan syurga, keteguhan dan pengorbanan, tegar dengan janji yang kita ikrarkan dengan aqidah yang kukuh dan keyakinan tanpa ragu-ragu atau menyesal”.

Ku baca kisah ini, terbuka jgk hatiku..rupa2nya, ada kisah cinta agung dlm hidup seorang pejuang agama ikhwanul muslimin..bersamanya seorang mujahidah unggul terbilang..

Semoga Allah merahmati mereka..
Al Fatihah.

http://abuhamzah.wordpress.com/2008/01/30/muhammad-kamaluddin-as-sananiri/

Mereka hanya disatukan hanya selepas keluar daripada penjara dan tidak memperolehi cahaya mata.


No comments:

Post a Comment