Monday, May 27, 2013

24 Mei 2013.


"Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia. Laksana setitis embun yg turun dr langit, bersih dn suci. cuma tanahnyalah yg berlain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, dan langkah serong.
Tetapi, jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, dan budi pekerti yg tinggi."
HAMKA

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Entah di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula..

Allah..
Syukurku padaMu, tak mampu ku ukirkan, penaku tak sebanding betapa kesyukuran ini pd Mu..
Hanyalah tahmid dan tasbih mengisi segenap ruang hatiku..
Segala puji bagiMu, Allah..

Ku sudah selamat diijabkabulkan malam 24 Mei 2013 dgn pilihan hatiku, suami ku..
Bergelar isteri kpdnya adalah kurniaan Allah yg terhebat dn terindah buatku.

Tak sangka jodohku dgnnya...

Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan dalam baitul muslim kami ini..
Ya Allah, jadikanlah baitul muslim ini medan bertambah2nya amal soleh kami, memudahkan kami utk lebih taat dan dekat pdMu..
Ameen..

1 comment:

  1. Alhamdulillah, thniah kak madi...zaujah yg solehah bertemu zaujnya yg soleh :) janji Allah itu pasti...

    ReplyDelete