Thursday, December 16, 2010

tulus kata penguat jiwa

huhu, ujian kesenangan itu lebih sukar..
Allah, Tuhanku, astaghfirullah..

"Bagi yg punyai hati yg bahagia dan gembira, sambutlah ia dgn kesyukuran kpd Yang Maha Esa, jgn pula sampai terleka dan alpa dgn kurniaanNya...

Bagi yg punyai jiwa yg derita atas ujian yg menduga, terimalah ia dgn kesabaran dan keredhaan kpd Yang Maha Esa, jgn sampai pula berputus asa dgn rahmatNya..

Cari dan ambillah hikmah disebalik musibah, jangan kerana musibah menjadikan diri kita lemah...Gali dan ambillah manfaat disebalik bahagia, jangan kerana bahagia menjadikan hati kita alpa...

Bahagia dan derita pasti silih berganti..Jgn menganggap diri akan bahagia selama2nya didunia, kerna tanggapan itu akan musnah dan jiwa pasti lemah bila hadirnya derita..Dan jgn pula menganggap selama2nya akan derita, kerna itu akan membuat kita tidak yakin bergantung harap pd Yang Maha Esa dan berputus asa dgn rahmatNya..

Sedarilah, hidup ini ada kitarannya umpama kitaran siang dan malam..
"

credits tuk seorang sahabat.

ku perlu terus kuatkan hati..
tekun, tekun, tekun menuntut ilmu!

No comments:

Post a Comment