Monday, April 5, 2010

miskin harta, miskin jiwa

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu.

“Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.”
“Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis.

“Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.”
“Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?”
Pendakwah terdiam.
Dalam diam dia berdoa.

Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

-CnP from artikel Ust Pahrol.

Ya Allah,
aku berlindung kpdMu dr kejahatan iblis dn syaitan..

No comments:

Post a Comment