Sunday, April 25, 2010

rajin, rajin... rajin!!!

Usai menjenguk fb STC..terhenti seketika diri, lalu jari jemari pantas menari :)

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]


ohhh..besar ertinya kesabaran kn? Allah turunkan malaikatnya ut melindungi hambaNya yg bersabar..maha suci Allah, Dia maha mengetahui segalanya, pasti nya isi hati org yg dicela itu didengari oleh Allah..maha suci Allah yg maha mendengar..x pnah lengah dr mendengar rintihan hambaNya, tidak walau sesaat..


tapi,
hamba ini sombong!
sentiasa lupa status diri yg bergelar hamba..
tidak mahu menyerahkn diri pdNya pd stiap waktu dn ketika..
astaghfirullah..mohon ampunan Mu ya Allah..


Jahil boleh diajar. Malas sentiasa menghalangnya. Perangi malas dengan nama Allah. Sambutlah Isnin dengan mujahadah!


sy quote lg kata2 ustaz..terlalu besar ertinya bg sy.
sbb sy sedar sy tergolong dlm org yg mls, kurang mujahadah dlm menuntut ilmu..
sedangkn sy tau, kalu sy bca skt2, konsisten stp hari, sy mampu jd sorg penuntut ilmu yg lbh baik, lbh berjaya!
tp kerana malas sy ni, sy mkn lemah..
sy makin calarkn imej Islam skt demi skt, krn sy mengaku bhw sy pembawa agama..
sdgkn Islam sgt pentingkn ilmu..

"Sesiapa yang inginkan DUNIA hendaklah dengan ILMU, sesiapa yang inginkan AKHIRAT hendaklah dengan ILMU, dan sesiapa yang inginkan DUNIA DAN AKHIRAT juga hendaklah dengan ILMU"


"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


oh, betapa besarnya dosa2ku..

ya Allah, ampunkan lah hambaMu ini..



"Allahumma faqqihna fiddeen.."

No comments:

Post a Comment