Tuesday, April 24, 2012

apabila kamu terasa diri telah banyak melakukan kebaikan, saat itu jugalah kebaikan telah meninggalkan kamu.

Bismillah walhamdulillah..

Ah, perasaan ini datang lagi.
down.
down.
down.

huhu. as usual, kerana kesalahan yg ku lakukan. terus rasa diri ini jatuh bertimpa2..
Ya Allah.

bagaimana nk jd up n up n up again..?
huhu..

teringat satu kata2.

"Carilah hatimu di tiga tempat...

Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.

Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika tidak kau temui juga, kau carilah h
atimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


terasa ingin meluahkan rasa, kerana dgn kata2 ini mampu merawat luka.
bukan menagih simpati.

semacam aku merasa diri ini sudah kuat untuk melalui kehidupan ini, namun tiba masa diri diuji, terasa juga diri masih banyak perlu dipelajari. menghadapi hidup sendiri di sini, selalu saja menggamit hati. ku sedar, Allah selalu perhati, namun, ku mengerti adakala iman ku senipis kulit bawang, malah mungkin lebih tipis lagi. dan adakala iman ku menebal kembali. dan saat ini, ku rasa seperti terlalu terlalu nipis hingga tak terubat lagi. ah, seperti sgt hiperbola.

kecewa dgn diri, membuat ku berkata2 begini, seakan dlm kemampuanku diusia pertengahan ini, x mampu menjadikan aku insan yg lebih baik. realiti itu menyakiti hati. Ya Allah T.T

namun..sungguh hati ini ingin diperbarui.lebih2 lg ku kn berangkat ke tanah suci. Ya Allah. dan juga, kehidupanku selepas ini mgkn berbeza, malah mungkin lg2 mencabar iman di hati. Ya Allah, kepadaMu ku berserah. semoga langkah yg ku atur dalam panduan Mu walau dalam sekelip mata cuma.

ku ingin mulai langkah baru, memohon dikurniakn hati yg baru. Ya Rabbi.


"Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya… kunci pintu itu adalah harapan."...http://genta-rasa.com/2009/04/07/carilah-hatimu/

No comments:

Post a Comment