Monday, April 9, 2012

rahmatilah mereka Ya Allah..

"Saya sekadar memaklumkan kepada mereka yang LIKE halaman ini: Nama saya Hasrizal bin Abdul Jamil. Saya ada blog, buku, ceramah, dan artikel di majalah. Saya tidak pasti apa yang membawa sahabat datang ke 'halaman saya' ini.

Namun sebagai rakyat Malaysia, saya senaraikan komitmen-komitmen demokratik saya yang sah di sisi undang-undang Malaysia iaitu saya ahli PAS seumur hidup, mengundi Pakatan Rakyat, berdakwah kepada semua dan saya menolak apa-apa yang setakat ilmu, kemahiran dan maklumat saya, menunjukkan ia sebagai kezaliman dan kebatilan.

Saya galakkan anda juga membuat pendirian yang jelas dalam ruang lingkup dunia realiti semasa yang ada. Saya menghormati apa sahaja pilihan anda.

Facebook menyediakan butang LIKE dan UNLIKE. Untuk anda yang tidak suka, Facebook tidak menyediakan butang DISLIKE atau HATE. Izinkan saya berkongsi tip, tekan butang LIKED dan pilih UNLIKE, saya tidak akan mengganggu hidup anda lagi.

Anda mampu mengubahnya."

7th April 2012, http://www.facebook.com/hasrizalabduljamil

Ustaz Hasrizal: Dan apabila saya menjadi ahli PAS, ia tidak sama sekali bemakna saya setuju belaka dengan semua yang PAS buat, atau menafikan semua yang UMNO buat. Saya bukan orang pakej. Yang betul, betul. Yang salah, salah. Tapi pilihanraya, kertas undi takde soalan objektif A, B, C, D. Hanya ada kotak dan boleh pangkah satu sahaja. Bincanglah sepanjang mana pun, akhirnya jangan sampai tak boleh nak buat pendirian. Kalau pangkah PAS, lepas keputusan pilihanraya, kebaikannya disokong. Kekurangannya ditampung. Kesalahannya diperbetul. Simple, no serabut-serabut.


Ustaz Hasrizal: Syeikh Syafiq, saya rasa bertanya atau menunggu asatizah buat open statement tentang pendirian politik mereka, adalah tidak perlu. Jika mereka sebut, kita take note. Jika mereka tak sebut, teruskan sahaja kerja kita. Mereka dan kita sama sahaja. Hamba Allah yang dipersoalkan Allah tentang apa yang kita dah buat, berbanding apa yang orang lain dah buat. Jika mereka tidak declare, buruk sangka akan kata mereka pengecut. Baik sangka kata, jom buat kerja masing-masing."

bismillah walhamdulillah..

menjadi silent follower ustaz memberi makna yg besar dlm hidup sy. byk pendapat dn pandangan ustaz yg sy ambil sbg ikutan.

jauh sudut hati, selalu berharap agar ustaz dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, semoga dapat terus menyinari hati2 kami dgn suluhan ilmu dan pemikirannya.

juga buat 'alim ulama' yg lain (Tuan Guru Nik Aziz, Ust Tuan Ibrahim, Ust Harun Din, dll.), semoga Allah panjangkan umur mereka agar kami ditunjukkan jalan yg benar menuju akhirat nanti..
Amin..

Ya Allah, perkenanlah..


No comments:

Post a Comment