Tuesday, September 7, 2010

kisah mereka.menyayat hati.sentiasa tiada henti.

Kisah di bumi Palestin yg tiada sudahnya..

"Pada hakikatnya, sehingga 700 orang kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Zionis dalam tempoh satu tahun. Lazimnya mereka yang ditangkap akan didakwa atas tuduhan melempar batu ke arah kenderaan Israel atau tentera Zionis. Apa yang berlaku apabila kanak-kanak ini ditangkap dan ditahan? 97 peratus daripada kanak-kanak ini menjadi mangsa penyiksaan, bahkan 14 peratus daripada mereka menjadi mangsa gangguan seksual atau ancaman kekerasan seksual.

Melalui kajian ke atas 100 orang kanak-kanak berumur di antara 12 dan 17 tahun yang telah ditangkap sepanjang tahun lepas, Hass memberikan statistik terperinci yang menggambarkan kezaliman dan perlanggaran hak-hak kemanusiaan oleh tentera Zionis"


huhu, terkedu hati ini saat membaca berita ini.

"Seorang mangsa yang berumur 15 tahun telah ditampar dan disakiti kemaluannya apabila dia tidak mengaku bersalah atas tuduhan membaling batu dan bom Molotov. Menurut kanak-kanak ini, apabila beliau tidak mengaku membaling batu atau bom Molotov, askar yang bertanya akan menengking sambil memaki-hamun bahawa dia berbohong, dan seterusnya menyiksa kemaluannya selagi mana dia tidak mengaku berbuat kesalahan itu. Tidak tertahan siksaan, kanak-kanak ini akhirnya mengaku bersalah membaling batu."

dia berada di ting 3 jika dia berada di m'sia..huhu, ya Allah..

betapa Israel sgt takut akn aset terpenting pejuang2 palestin ini..
mereka mampu utk menjadi wira apabila menginjak usia kelak,
kerana itu, Israel menahan kanak2 palestin tanpa sebab!
dipaksa utk mengaku bersalah membaling batu ke arah tentera mereka,
nampak, kesalahan membaling batu dijadikan 'sebab' penahanan oleh tentera itu..huhu
tiada lg nilai kemanusiaan.huhu

ya Allah,
selamatkanlah kanak2 itu..
tetapkanlah hati-hati mereka pd jalanMu..ameen.

No comments:

Post a Comment