Saturday, September 4, 2010

senangkanlah hatimu..

"Kalau engkau DICINTAI ORG DAN MENCINTAI,

Senangkanlah hatimu!

Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar org yg terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yg demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Jika engkau MENCINTA TETAPI CINTAMU TAK BERBALAS,

Senangkan jugalah hatimu!

Kerana sesungguhnya org yg mengusir akan jatuh kasihan & ingin kembali kpd org yg diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yg lebih tinggi darjatnya drpd cinta lantaran hawa.
Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati kan bersih, laksana bejana kaca yg penuh berisi air khulud,air kekal yg dianugerahkan Tuhan.
Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tidak ada pada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram.
Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau jadi org besar, yg sanggup memikul cinta yg besar.
Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yg kuat dan teguh, benteng yg gagah perkasa yg sukar tertempat oleh manusia biasa.
Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yg diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!
Merasa tenteramlah!"

-HAMKA-

ya Allah, tenangkanlah hati ini..ameen.


No comments:

Post a Comment