Sunday, July 31, 2011

mode menulis yg datang tiba2 :)

Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia. Laksana setitis embun yg turun dr langit, bersih dn suci. cuma tanahnyalah yg berlain-lain menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, dan langkah serong.
Tetapi, jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, dan budi pekerti yg tinggi.
HAMKA

Bismillahirrahmanirrahim.

ingin menulis untuk seseorg, dn pastinya dia mengetahui gerangan dirinya. yg blm pasti, bila masanya dia kn membaca tulisan ini. Allahua'lam.

pertunangan adalah satu ikatan janji. bg org mukmin itu, janji wajib dipenuhi selagi mana tidak menyalahi aturan syariat agama. dn menerima kamu dlm hidup sy adalah suatu yg tidak pernah terlintas dlm fikiran sy sblm ini. pernah suatu ketika dulu, sy cuba utk mengelak dr kamu. namun, takdir Allah mengatur segalanya. satu dlm beribu peristiwa hebat yg xkn sy lupakn sampai bila2. Jika Dia berkehendak, segalanya akn terjadi.

Dahulu, sy mengimpikan perkahwinan dgn seorang pemuda yg lbh berusia, dlm tempoh perkenalan yg singkat cuma. lps habis belajar, tidak perlu lama2 menunggu terus nikah.

Hakikatnya, apa kuasa sy menolak suratan hidup yg diatur Pemilik alam. sy akur pd takdir. menerima kamu, kemudian memendam pengharapn ini sehingga suatu masa yg diizinknNya nanti. Allahu Rabbi, hanya Allah mengetahui apa yg diri ini rasakn.

teringat kata2 Ustaz Ridha, bahawa pertunangan adalah satu tempoh yg amat memeritkn bg seorg perempuan. antara sah dn tidak sah, bagaikn tergantung tidak tahu mane puncanya.
begitulah sering diungkapkn ramai, benda elok usah ditangguh2kn. iya, siapa mahu?

Tersadai diri ini di bumi Allah, Maha Hebat Maha Penyayang. Terengganu, negeri kelahiranku. tempat ku dibesarkn oleh dua tangan ma dn abah. terasa betapa byk perit jerih telah diorg korbankan untuk kehidupanku. kerana itu, ku sgt menyayangi dn menghormati ibu bapaku. tiada penggantinya. ma,abah moga Allah rahmati kamu selalu.

Dalam ikatan ini, redha kedua ibubapa ku dn ibubapa kamu sgt2 aku dambakan. sebagaimana ku ingin kamu menghormati ibubapa ku, begitulah juga ku ingin menghormati ibu bapa kamu. kasih syg pada mereka ku pupuk sejak mula ku menerima kamu. jika mereka katakn tidak, jgn diturut rasa hati. kerana di situ Allah mengajarku dn kamu mengatakan tidak pada kemahuan diri.

Lalu, sampai suatu tahap, kesabaran itu tidak dpt dibendung, kemahuan yg terlalu tinggi..dn akhirnya, air mataku mengalir mengadu pd sang pencipta. kata Pak Hamka, "air mata itu adalah kepandaian yg paling penghabisan bagi seorang perempuan". oh, aku mengakuinya. tidak ada yg dpt menenangkn ku selain aku berdoa dgn sesungguh hati. yakin bahawa suatu hari nanti kn Allah mengabulknnya.

kata2 pedomanku ketika ini
"Hidupmu yg tiada mengenal putus asa, kesabaran dn ketenangan hatimu menanggung sengsara, dapatlah menjadi tamsil dn ibarat kepada kami.
Engkau telah mengambil jalan yg lurus dn jujur dlm memupuk dn mempertahankn cinta.
Allah Maha Adil. Jika sempit dunia ini bagimu berdua, maka alam akhirat adalah lebih luas dn lapang, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannnya."
~Di Bawah Lindungan Kaabah - HAMKA.

Jadi, dengan berkat kesabaran ini, jika tidak dianugerahkn di dunia yg fana ini, ku berharap sesungguhnya, kn terbalas di akhirat kelak dgn sebaik2 pembalasan. kerana itu, terusknlah bersabar wahai diri. semoga Allah membalas dgn sebaik2 pembalasan.

Bersabar dm erti kata
-sama2 kita menjaga batas2 pergaulan ant kita dn org2 disekeliling.
-sama2 kita meningkatkn ilmu pengetahuan dlm persiapkn diri ke alam kehidupan kelak.
-sama2 kita istiqamah dlm melakukan amar makruf nahi mungkar.
-sama2 kita berdoa semoga dipermudahkn jodoh kita (lebih2 lagi Ramadhan ini).
-sama2 kita menjadi hamba Allah yg sentiasa mengharapkn kasih sayangNya dunia akhirat.

wallahua'lam, siiru 'ala barakatillah.
salam ramadhan 1432H.

No comments:

Post a Comment