Saturday, December 17, 2011

Jadilah kita pembela tak dimata dunia

WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya' lagi 'ujub. Ya Allah selamatkan kami..
Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini..
Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.
Jika ingin lihat amanahnya, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu.
Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara dengan org lain jantina yg dia sukai.
- Ust. Zaharuddin Abd. Rahman, 2011 -

No comments:

Post a Comment