Friday, December 23, 2011

tidak dapat tidak, ketenangan itu hanyalah dalam satu ikatan yg halal.

bismillah walhamdulillah..

pertunangan itu adalah ikatan janji antara dua hati. tidak ditaklifkan seseorang yg bertunang itu dgn apa jua tanggungjawab spt sepasang suami isteri. juga tidaklah perlu utk dihebahkan kepada umum. itulah yg ku fahami. Kata ust. hasrizal,

"Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati."

jodoh ku juga jodohnya masih lagi kekal rahsia Allah.

tidak terlalu memikirkan ttg dia, menyibukkan diri dgn urusan kerja dn peribadi adalah salah satu cara terapi diri.

dgn harapan, tunangku dlm keadaan yg baik2 sentiasa. juga berharap semoga dia tidak terlalu memikirkan ttg diriku di sini sehingga menjadi satu bebanan bgnya.

ku syukuri dan ku merasa cukup kerana Allah kurniakan dia sbg tunangku.

semoga Allah permudahkan urusannya dunia akhirat. amin.

ku hanya insan biasa,
x lari dari tidak sempurna,
cuma berharap kamu bahagia,
dalam mengejar cita dan cinta..
:)

No comments:

Post a Comment