Thursday, December 29, 2011

rasa takut (khauf) dan harap (raja')

Bismillah walhamdulillah..

pg yg indah..
masih dikurniakan Allah sehari lg untuk terus menabur amal.

takut, jangan dipisahkan dgn harap.
takut kpd Allah dan berharap juga pada Allah.
kerana segala milik Allah.

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedangkan mereka menyeru kepada Rabb mereka dengan perasaan penuh rasa takut (khauf) dan harap."
(As Sajdah: 16)

Umar Al Khattab r.a., ketika membaca surah At Takwir: 1

"Apabila matahari digulung," hingga ayat 10, "Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,"

beliau tersungkur dan pengsan!

Allah..

rasa takutnya kpd azab Allah di akhirat kelak sehingga membuatnya lemah tak berdaya sebegitu.

semakin yakin seorang hamba kepada Rabb nya (dengan ilmunya), semakin kenal dia kepada Pencipta nya, semakin sedar dirinya hakikat kehidupan dunia yg sementara dan akhirat yg kekal abadi.

nastaghfirullahal'azim..

No comments:

Post a Comment